Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Saturday, January 8, 2011

slot ZEHRA......


klu tgk pd entry before ni d cter psl actor2 yg i minat
so tuk da next nih pon berjaya wat i xlena tido hahaha
yeke xlena tido (rse mcm nyenyak jer hehehe)

bile tgk ustaz amirul nih (eh..trsasul lak bkn ustaz amirul tp ashraf muslim la..)
sjuk mate memandang...
sbbnye minat la
so pasni excited la nk watching slot zehra di tv3
every friday 9pm-10pm
da 2 yg bestnye gan mbr2 nih
we all bkn stakat menonton yea..
ulang sekali lg bkn setakat menonton yea...
tp cnfirm msti jd pgarah drama punye
suke wat predict gn mbr2
psl pe nk jd tuk next episod
so...bkn stakat tgk jer tp ley asah bakat...jgkla jd pengarah hehehe



so nk cter sket abt synopsis drama USTAZ AMIRUL...


mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari sebuah universiti Islam di Mesir.

Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhan imannya sebagai pemegang amanah Allah dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.

Ustaz Amirul juga berjanji kepada ibunya, jika dia tidak mempunyai calon isteri sehingga dia berusia 30 tahun, ibunya mencari siapakah wanita yang layak bergelar isteri.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.

Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul. Lalu, Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, serta memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.

Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah Ustaz amirul yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.

Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.

Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. Segala persoalan akan terjawab dalam drama baru USTAZ AMIRUL ini.

Para pelakon dalam drama Ustaz Amirul, Ashraf Muslim, Siti Saleha, Eira Syazira, Lydiawati, Fauzi Nawawi, Kuna, Safura, Zarynn Min

No comments:

Post a Comment