Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Saturday, August 30, 2014

Tips Bangkit Setelah Jatuh

Penulis ingin membuat perkongsian bersama buat mereka yang pernah disakiti,sedang disakiti atau telah disakiti. Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh!!
HIDUP JUGA UMPAMA RODA, kadang kita diatas kadang kita dibawah. Setiap yang teraniaya pasti akan dibela. 
Melupakan sesuatu bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan. Air mata dan doa bersilih ganti. 
Betul.. bercakap memang mudah. Tapi Yakin dengan Ketentuan Allah..
Bukan mudah juga untuk memulihkan hati yang telah dilukai.Berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk. Ketika rindu mengadulah pada DIA & banyakkan bermuhasabah diri, mungkin kerana terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, membuatkan kita alpa. 
INGAT DUNIA bukan matlamat akhir kita...AKHIRAT penghujungnya juga. 
Bangkitlah & Pandanglah ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 cari kekuatan dengan:


1. Jaga Solat

Sebagai hambaNya ini adalah kewajipan kita, tetapi ada juga yang solat sekadar ingin melepaskan diri dikala susah tapi tidak dikala bahagia & senang. Ingatlah dengan solat hati akan menjadi tenang. Biar sibuk mana sekalipun jagalah solat, biar jahat sekalipun solatlah, biar malas pun solatlah... 
sebelum kita ingin mengubah seseorang maka ubahlah diri kita.
InshaAllah jika kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah pasti akan menjaga hubunganNya dengan hamba-hambaNya...


2. Mohon kekuatan daripada Allah

Pohonlah kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang. Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]

2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 “…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8]
Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
 3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Sentiasa ingatkan diri bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah,  yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. ALLAH itu ada..redha dengan ketentuannya. 
4. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
5. Berkongsi kepada orang yang dipercayai
Berkongsilah dengan orang yang anda percayai & mintalah nasihat,sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”.
 JANGAN simpan duka lama-lama. Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan oleh Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan kita nilai syukur, 
lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan. 
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, 
lalu Dia berikan ujian. 
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri 
lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain. Allah tidak akan memberi sesuatu dengan sia-sia.