Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Monday, September 23, 2013

Thank you ALLAH

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Thursday, August 8, 2013

Ramadhan ditangisi & Syawal dinanti 1434H

Berlabuhlah tirai RAMADHAN....
Pemergianmu telah aku tangisi
Keberkatanmu memberi beribu ketenagan dihati
Hanya didekati setahun sekali

Penghujungnya dirasai
Semua syaitan yang dibelenggu kini kembali
Para roh kini turut menagisi
Ingatan buat si IBU semakin mengusik hati
Air mata pengubat sanubari
Ini semua.....Mengingatkan aku siapa diri
Apabila Maha Pencipta yang paling tinggi
MOGA kedatangannya akan aku rasai lagi

Tibalah SYAWAL hari merai
Kemenangan semua umat islam dimuka bumi
Setelah sebulan belajar menginsafi
Semua kekhilafan diri

Jika ada salah & silap harap dimaafi
Moga yang berlalu menjadi pengajaran diri
Mulakan catatan baru hari ini
Moga kita selalu MEMUHASABAH diri

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!

#Alfatihah buat arwah mama tersayang
*Rohani *Atuk/Nenek *Pn.ZAidah *keluarga*sahabat andai *seluruh umat islam
#moga#JAnnah#tempat#ditemui amin

Tuesday, July 30, 2013

Aku adalah HAMBA

Hati masih membisu
Lidah masih kelu
Jiwa masih bercelaru
Teliga mendengar bertalu-talu
Jawapan masih ditunggu-tunggu

Perjalanan hidup yang tak diduga
Bercerita seolah-olah tak tahu dimana mula
Yang lama masih dikenang menambah luka
hak org harus dijauhi..bimbang akan diuji dengan benda yang sama SubhanaAllah
Duka harus dilupa Kerana derita bila diperguna
Menjemput seperti raja
Meninggalkan seperti tiada ibubapa
Hebat jalan cerita seperti dogeng negara

Mimpi demi mimpi bersilih ganti
Seolah-olah petanda buruk @ baik mgakhiri
Selalu mendapat petanda utk diri

Andai takdir memberi
Untuk aku terus memahami
Mungkin dia ada baiknya serba serbi
Fizikal bukan ukuran..asal dalaman indah berseri
Moga dari Allah pentujuk diberi
InshaAllah mungkin diri lebih mensyukuri
Kerana khalifah semakin hampir mendekati

Belajar menerima & memberi
Kerana janji Allah itu pasti
Yakinilah hakiki
InshaAllah keredhaan Allah menemani
Pasti ada cahaya jln penambat segala misteri!!

InshaAllah #Allahu#Rabbi

Hidup itu satu perjuangan

Hidup ini satu perjuangan
Perjuangan itu perlu untuk terus hidup dimuka bumi ini...
perjuangan itu perlu demi membahagiakan mereka yang berada disekeliling.
Walaupun hitam yang diterima tetapi dalam pertempuran ini balasla dengan hati yang suci dan putih moga keredhaan itu dapat dirasai.

Kita diajar untuk berbuat baik..itu tu...
Buat baik berpada2...buat jahat jangan sesekali!!

Kadang2 kita rasa seolah2 takdir memainkan
Sebenarnya kita tidak nampak tanpa takdir yang sedang dimainkan itu..kita tidak akan bergerak kehadapan untuk penemuan yang lebih baik.

Sebagai hamba kita perlu kuat untuk terus selalu diuji dan melangkah ke barisan yang paling hadapan untuk menang pertempuran...
Pertempuran dengan PERASAAN
pertempuran dengan JIWA
Pertempuran dengan HATI YANG LEMAH

Wake up!! Hidup itu hanya sekali
Dan hidup hanya sementara...
kecapi & hargailah dengan sebaik2nya...
Bukan dengan mencari siapa yang terbaik utk kita...siapa yang cantik dimata kita & kita bukan Tuhan untuk menentu siapa..dimana...dan kenapa kita buat sesuatu & kenapa kita menyakiti & merumitkan sesuatu.. Ianya hanya terletak pada hati & diri..kerana Kita yang perlu menjadi insan yang baik tanpa menyakiti hati sesiapa...kerana kita tidak tahu bila saat ajal menjemput & biarlah kita dijemput dalam keadaan yang dimaafkan & memaafkan.

#bertaubatlah sementara masih ada kesempatan
#Allah#Maha#Pengampun InshaAllah

Sebagai peringatan bersama-penulis Qasehillahi

Sunday, July 14, 2013

اهلا وسهلا يا رمضان

Ahlan wasahlan YA RAMADHAN!!!

ku mengharapkan ramadhan kali ini
Penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan Sempurna

Wahai insan....Perbaiki segala kekurangan diri
Segala nikmat yang dilimpahkanNya disyukuri
Moga Ramadhan kali ini buat kita semua yang berada dibumi tuhan ini
Lebih baik dari yang telah pergi

Tinggalkan dunia yang penuh pancaroba
Kuatkan hati berpegang pada Yang Esa
InshaAllah hidup mendapat balasan syurga
Amin

Wednesday, June 26, 2013

Hati milikNya


hati milik ALLAH
bertahan & serahkanlah segalanya Pada Maha Pencipta
kerana Dia sedang mengaturkan yang terbaik 
InshaAllah 

"TRUST ON ALLAH"


kasihkan manusia pasti akan mati
kasihkan Allah kekal selamanya didunia & akhirat nanti


Nisfu Syabaan


Syaaban membawa maksud ‘bulan pemisah’ kerana ia memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan. Jika Rejab dianggap sebagai bulan ujian dan Ramadan sebagai bulan latihan, maka Syaaban yang mulia ini adalah sebagai bulan persediaan dan persiapan melakukan kebaikan sebanyak mungkin termasuk memerangi nafsu.

"Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)"

Di samping memohon doa, digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan 
di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. 
Sabda Nabi SAW: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Sambutlah kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran serta peringatan bahawa perjuangan sebagai seorang insan masih belum berakhir. 

#apa yang berlalu jadikan pedoman, apa yang masih didepan harus dihadapi & 
apa yang akan datang pasti akan dilalui...
muhasabah diri moga kita menjadi insan yang lebih kuat & jauh lebih baik...InshaAllah
TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU
#THANK#YOU#ALLAH

Wednesday, March 20, 2013

ingatan semalam




hari ini 20 Mac 2013 genap setahun pemergiaan mama tersayang kembali ke Rahmatullah
pemergiaan yang sentiasa diingati 
rasanya seperti semalam berlalu pergi 
semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan solihin
moga di Jannah tempat ia menanti

Ya Allah sampaikanlah segala amalan pahala bacaanku
kepada arwah mamaku
ampunilah segala dosa, kasihi dan sejahterakanlah dia
muliakanlah kedatangannya
lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu Wahai zat yang Maha Pengasih ameen

tahun lalu banyak kenangan suka duka dan musibah yang menjadi pengajaran dan kenangan 
kini aku perlu kuat mengatur langkah meneruskan jalan
setiap yang menjadi kepunyaan 
kini dah pun meninggalkan aku keseorangan
kerana "Seluruh yang ada di bumi ini fana(tidak kekal) Ar-Rahman : Ayat 26"
hanya Maha Pencipta yang mengetahui segala kepahitan
Alhamdulillah....menjadi sebutan 
biarpun aku perlu kuat secara bersendirian
tak perlu belas kasihan
moga aku di dalam kalangan hambaMu yang bersyukur dengan ujian
dan belajar menerima qada' dan qadar tuhan

bercakap mengingati kenangan pasti akan menjadi kesedihan
pasti orang membenci dan jemu dengan coretan 
seakan-akan aku insan lemah yang penuh kepura-puraan
bangkitku perlu demi meneruskan amanah dan tanggungjawab tuhan 

terimakasih Allah

moga rahmatMu mengiringi arwah mamaku Al-Fatihah


#kiriman doa & Al-Fatihah juga buat insan-insan hebat Pn Zaidah Omar, 
kaum keluarga, sahabat dan semua kaum muslimin & muslimat
 moga di Jannah tempat kita bertemu ameen

Thursday, March 7, 2013

sang kerinduan



Wahai sang kerinduan.....

Apa yang jauh pernah cuba untuk didekatkan
Biar ditolak berjuta kali, ditentang dan dimaki namun usaha yang dilihat melembutkan hati 
seluruh jiwa merasai keikhlasan disanubari
Apa yang dekat kini telah dijauhkan
Hanya sekelumit kenangan menjadi bayangan 
menjadi peneman sebelum melabuhkan mata menghembus kepenatan seharian
Segala kebaikan masih ikhlas terasa biarpun sukar menerima kebenaran
manusia boleh berkata mengikut suka tetapi memahami itu tidak bisa
Alhamdulillah ucapan berkata...alah bisa tegal biasa...

wahai sang kerinduan...

Kepercayaan yang dibina bukan mengikut paksaan
Perasaan wujud dari keikhlasan sekecil zarah sehingga sebesar harapan
Dari pandangan yang melihat...Dari kaca mata yang menghakis titisan yg berderai
Sebujur tubuh dihadapan terasa hati tersentuh jiwa melihat sang kerinduan yang turut serta sebarisan
Bertambah kuat hati memilih itu adalah pilihan yang tepat 
dan pastinya ini adalah petunjuk yang memberi ruang yang jelas
Keimanan yang terpancar membisikan itu adalah khalifah dan kini sudah tiba masanya menjadi yg halal
kau kekuatan dikala kesusahan kau pengukir senyuman dikala kegembiraan
kau penawar dikala kesakitan

wahai sang kerinduan...

Benar rambut sama hitam tapi hati lain lain
Kini keikhlasan bukan lagi keutamaan
biarpun 1000 tahun yang lalu penuh kejujuran tapi kini hilang dalam jangkaan
susah senang dahulu dipadam dengan pandangan 
yang kau lihat pada penolongmu beberapa detik yang baru
segala kecantikan dan berada dekat dihujung mata bersama segala teknologi dihujung jari pastinya duniawi telah dapat mengubah arah jalan yang dipertahankan sekian lama 
dari satu kini terbelah kepada cabang di lema di dalam persimpangan
Sehingga manusia jujur terlupa dan lemah dengan sandiwara yang sarat dimainkan didepan mata
Tanpa dosa..tanpa salah yang diajukan ia dicampak seperti permainan
Kejamnya permainan dunia

Kerana kebaikan dulu...ku memejamkan mata
kuatkan hati beranggapan baik belaka
kau pastinya berbeza dan tiada cacat cela
Tetapi ternyata silap apabila dipalingkan dengan penipuan 
mempergunakan itu selamanya akan tetap menjadi senjata kepada sandiwara
Kerana sekali belajar membohongi ia akan selamanya terus membohongi untuk kepuasan diri
Jangan terpedaya lagi...

Kenapa manusia hatimu kering
Kenapa manusia hatimu berpaling
Tanpa salah dan silap yang dipersoalkan
apa pun pertanyaan...Keputusan sebelah tangan telah dibuat
Kehendak harus dituruti....
kepuasan haruslah diberi...
demi kasih kepadamu Maha Pencipta aku ikutkan
mungkin bukan dengan memiliki..cukuplah sekadar merasai
moga menepati apa yang kau hajati

ruang dan Jalan telah dibuka..kaki mula melangkah sendiri
Mengikut kehendak yang dituruti
Maka lepaslah lelah memedam perkara yang bersarang dihati
Lepaslah sudah sang permainan dunia yg kononnya memikul salah sekian lama
Pasti kamu akan terkenang dihari tua
Kerana ini juga kisah yang pahit dalam hidupan selagi hayat dikandung badan

Teruskan pilihan moga tiada wujudku, tiada bayanganku, tiada namaku di hatimu
membuatkan kamu mudah berbicara lalu berkasih kasihan
Cukuplah dilihat muslihat dan pembohongan 
Kukuhkan langkah berlalu pergi
kerana harus sedar diri bila tidak dikehendaki lagi
Tanamkan bahawa aku telah dibunuh sebelum mati
Pergi dan tidak berdiri ditengah jalan yang bukan destinasiku
pastinya aku akan dikeji

Toleh ke hadapan dan mohon kekuatan
dengan keluhan kudrat dan sedaya roh dan jasad
Percayalah satu hari nanti kamu akan bangun 
dan terus berjalan tanpa jatuh setelah tersungkur di masa lampaumu
Jadikan pedoman jadikan teladan
Bahawa manusia mudah disakiti tetapi payah untuk diubati
Sekali dilukai akan selamanya diingati hingga jiwanya mati

Kini tinggallah sang kerinduan 
Kenangan yang dikenang sendirian tidak bertepuk lagi
Igauan yg bermain main difikiran
air mata mengukir wajahmu disaat kerinduan...hanya ALLAH yang tahu
Bukan mudah untuk menjadi manusia normal
Reset jiwa dan minda
kembali ingatan pada tujuan sebenar berada dibumi Tuhan
ada amanah dan tanggungjawab harus diteruskan
Setelah dijadikan dirinya permainan disaat diperlukan
Biarpun hati kepiluan sendirian sepi menelan kepahitan 
Jangan di tanya dan mempersoalkan
yang pasti cukuplah Allah mengetahui segala yang tersirat
pastinya ada hikmah disebalik setiap kejadian
bersyukurlah 
Hanya doa ku kirimkan buat mu si permainan dunia




#berbicara#dan#berbalik#pada#yang#satu#oh#TUHAN

Friday, March 1, 2013

Ya Rabb..

~ ustazah nur hafizah musa ♥