Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Thursday, March 20, 2014

Luahan Buat Mu IBU


Apabila matinya seorang anak adam itu 
maka terputuslah segala amalanya kecuali 3 perkara:
-sedekah jariah
-ilmu yang memberi manfaat 
-doa anak yang soleh 

~ 20.03.14 ~ 
Diam tak diam genap 2 tahun pemergian ibunda tercinta
Rindu semakin ku rasa
Moga rohmu tenang damai disana
Suatu hari nanti kami pasti menyusul selepas kamu wahai bonda
Kerana setiap yang hidup pasti akan merasa mati jua.

Al-Fatihah buat mama tercinta


Friday, March 14, 2014

Muhasabah diri

Pelbagai musibah yang menimpa
Jerebu
Panas & kekurangan sumber air
Denggi
Kehilangan MH370

Itu tanda Allah sedang menguji
Berbaliklah kita kepada fitrah
Mari pandang dimana silapnya

Setiap yang jadi ada hikmah yang menduga
Pasti membawa pengertian yang bermakna
Mungkin kelalaian dulu
Membawa kepada apa kita pada hari ini
Masih ada masa & ruang untuk
Sama-sama bermuhasabah diri
Ubahlah kita kini bukan siapa kita yang dulu

Mohonlah pada Maha Pencipta
Kerana walau kecanggihan dipuji dimata dunia
Tapi akhirnya dengan bantuan Allahla
Ada jalan penyelesaiannya

Ketika musibah Ucaplah
"Inna lillahi wainna illaihi Raji'un"
Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali

Sahabat

Hi kesayangan..
Rindu
Lama rasanya tak berbicara
Lama rasanya tak bersua
Hanya doa kiriman buat semua
Moga jarak ini
Bukan penamat bagi persahabatan
Mungkin kesibukan membuatkan kita jauh
Tapi percayalah ingatan always berserta doa
Special dedicated for my BFF:
k.khai moga menjadi mama yang terbaik buat anak solehah bbyna yang super duper cutee...
ninie moga diberi kesihatan yang baik
Tak sabar nk tgk bby u
Mesti cute macam bear haha
Makan control sikit hehe
Wana moga hapey always & berjaya dalam kerjaya baru
#hope kita bole gathering.nanti...as Big Family


Wednesday, January 1, 2014

Welcome 2014

Today is the first blank page of a 365 page book. Write a good one.

May this new year bring you
happiness & light to guide your path towards a positive destination.

We Learn from what happen on yesterday, We live for today & hope for tomorrow.

Happy prosperous new year 2014
May Allah Bless u always

#Welcome 2014

 

Saturday, December 21, 2013

Happy Wedding Day

21.12.13 majlis resepsi
Benda dah rancang awal-awal lagi
Persiapan semua dah dilalui
Excited bukan main lagi
Tiba masa banyak halangan menanti
Akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Illahi

Mengadu seorang diri
Majlis Sahabat tidak dapat dihadiri
Rasa diri tak layak dikenali 'sahabat sejati'
Tak mampu menolong walau dirayui

Disebalik senyuman tersimpul isi
Seakan senang tp sesak terhimpit dihati
Maafkan ku andai kau ada terasa hati
Dari jauh aku doakan kamu diberkati

Dari dulu pipimu sentiasa dibasahi
Bergenang air mata berkaca suci
Dengan luka yang diberi
Oleh lelaki yang tak pandai hargai

Kini selamat kamu dimiliki
Menjadi isteri buat lelaki pekerti
Hatiku lega kamu telah ada yg menjagai
Kini tempatku berbeza padamu nanti
InshaAllah mmg selayak tempatmu disisi suami

Hendaklah aku katakan disini
Aku cuba menjadi teman seikhlas hati
Biar susah asal diwajah mu ada penyeri
Cukup indah bila dirimu happi

Walaupun kini kita berlainan sekali
sikap,tanggungjawab & kematangan diri
Masing-masing dah mula sunyi sepi
Mungkin berbeza keadaan & status kini
Walau apa pun yang diharungi
Aku & kamu masih sahabat dr dulu hingga kini

Selamat pengantin baru sahabat sejati
Jasadku tiada dihari kamu ini
Tapi doaku dah lama aku kirimi
Moga kau rasa & terima dengan seikhlas hati

Kami berempat dulu hingga kini
Masing-masing bergorak langkah sendiri
Punya cerita 1001 untuk dikongsi
Biar apa pun status kini
Kematangan berbeza dari segala segi
Moga ikatan ini dibawa hingga mati
Selalu ada jangan bawa diri
Kerana indah punya sahabat dunia akhirat ini
Bersyukur Allah atas kurniaanmu yg bernilai ni

Aku disini masih mengenang sepi
Ayahanda masih berjuang untuk berdiri
Mungkin ada yang belum fahami
Aku terasa seorang diri

Hari berganti hari
Hati risau pipi dibasahi
Moga semuanya dalam keadaan baik2 nanti
Aku harus kuat demi mu wali

InshaAllah sakit itu dugaan Illahi
DariNya ia dtg & dariNya jugalah diubati
Mohon doa dari kalian disana sini
Moga abah kembali sihat dari hari ke hari
Ameen.

*Selamat pengantin baru syg moga berbahagia dunia akhirat disamping suami walaupun tiada di hari2 indah ni
*si jelita wana dihantar sebagai wakil...pakai baju cantik2 tau walaupun kita tak dapat bergaya & bergambar sekali
*mama Jangan sedih bukan kamu je terlepas hari2 indah ni....muaahhh si comel tu

Take care sayang2

Friday, December 20, 2013

keranaMu Wali

Berkawan lama dari dulu lagi
Satu Ikatan suci perlu diakhiri
Dirimu perlu sebagai wali
Kini impian sudah tiada lagi

Disaat diri sendiri tidak berteman lagi
Ketika hati sedang dilukai
Kekuatan diri perlu diperolehi
Kau hadir mengelap air mata ini

Makin hari makin menguji
Pelbagai ujian harus ditempuhi
Dirimu hadir sebagai penyeri
Aku berjaya kerana Ilahi

Dialah "abah" insan suci
Ada ayah ibu tercinta tiada lagi
Hidup dah tak selengkap dahulu lagi
Kini kekuatanku kerana dia & ILLAHI

Walaupun letih diri teruji
Namun aku terus kuatkan kaki,hati dan diri
Ku mohon petunjukmMu Ya Rabbi
terus usaha agar Dirimu wali kembali berdiri

Wajahmu ku tatapi
Matamu berduka berkaca sepi
Sembuhla abah.. adik disini
Akan selalu menemani

Ketika aku ditinggal sendiri
Mencuba ikhtiar untuk menyembuhi
Moga usaha ini memberi erti
Kuatkan diri abah..bangun dan terus berdiri

Ketika ini kamu pemberian Ilahi
Kuatku kerana mu abah yang disayangi
Moga abah cepat sembuh
Impian melihat abah tersenyum kembali

#moga abah cepat sembuh & kembali tersenyum seperti dulu


mudah-mudahan sup ni dapat membantu


*mohon sama-sama mendoakan kesihatan
ayanda saya moga Allah membalasnya ameen

Thursday, December 19, 2013

Selamat ulang tahun


Selamat ulang tahun abah..
Semoga Allah melindungi memberkati & merahmati abah. Moga diberi kesihatan yang baik untuk beramal padaNya, diberikan usia yang penuh keberkatan.

Saat ini abah dihospital
Moga aku terus kuat ada dengan abah
Adik doakan abah cepat sembuh ameen.

Love u so much abah

Monday, December 16, 2013

graduation day2013 - PART I introduction jer tu

Assalam hai everyone lama dah tak update blog ni
so nak buat kerja amal membuang habuk-habuk kelapuk 
yang dah lama bersawang ni
so nak update sikitla intro gambar-gambar 
hasil penat lelah kita study bertahun-tahun ni.

Really miss that moment..actually time study adalah masa yang sangat indah. 
Kalau diberi peluang saya pilih untuk belajar balik tapi...TANPA EXAM!!!! 
hahaha (ikut suka hati jekan)

really miss my lovely BFF :)











okla nanti ada masa kita sambung lagi ye..
masa untuk beradu ampun......tunku
myb after balik dari pulau mutiara nanti so update lagi ye.
now time to work!!


#syg2 nini,k.khai,wana special dedicated for uols (atas permintaan katanya)

Wednesday, November 13, 2013

Blessing of Ages ~Thank You ALLAH


13.11.13 Alhamdulillah & thanks to Allah kerana masih bernafas dibumiNya 
& meminjamkan 86,400 saat setiap hari untuk mendekatiNya.
 Alhamdulillah dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga & sahabat tercinta.


Thank you so much to all my lovely friends who made my day. I love you all very much for the wonderful feelings you gave me on my special day and made it the most memorable birthday of my life. ALLAH bless you. 







Alhamdulillah masih dipinjamkan saki baki umur untuk beramal, 
diberi kesihatan tubuh badan, 
dan dikurniakan dengan keluarga 
dan sahabat yang amat menyayangi & menghargai diri ini.

Terima kasih atas ucapan & ingatan kalian dihari yang penuh istimewa ini.
Biarpun masih ada ruang kosong yang perlu diisi tanpa orang yang dikasihi
 tetapi Allah telah menganugerahkan kebahagiaan yang berpanjangan 
dan sahabat disekeliling yang saling melengkapi.

Moga atas ingatan kalian yang sangat berharga akan ku doakan keberkatan & kebahagiaan yang sama buat yang menyanyagi ku mahupun yang membenciku. 

pesanan seorang sahabat biarpun perit balaslah dengan beribu kebaikan. 
 InshaAllah kekurangan itu akan terhapus dengan doa 
& kebaikan yang dikirim.

 InshaAllah moga dikesempatan usia yang tinggal ini 
akanku hargai dengan sebaik-baiknya terhadap Maha Berkuasa. 
Bersyukur padaNya kerana sehingga kini Dia 
masih memberi & meminjamkan ku 86,400 seconds dalam sehari. 
Jadi hargailah Maha Pencipta lebih dari manusia. 
kerana tanpa Dia siapalah kita manusia biasa.

Thank You ALLAH for blessed life for me :) 









Saturday, October 26, 2013