Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Wednesday, March 20, 2013

ingatan semalam




hari ini 20 Mac 2013 genap setahun pemergiaan mama tersayang kembali ke Rahmatullah
pemergiaan yang sentiasa diingati 
rasanya seperti semalam berlalu pergi 
semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan solihin
moga di Jannah tempat ia menanti

Ya Allah sampaikanlah segala amalan pahala bacaanku
kepada arwah mamaku
ampunilah segala dosa, kasihi dan sejahterakanlah dia
muliakanlah kedatangannya
lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu Wahai zat yang Maha Pengasih ameen

tahun lalu banyak kenangan suka duka dan musibah yang menjadi pengajaran dan kenangan 
kini aku perlu kuat mengatur langkah meneruskan jalan
setiap yang menjadi kepunyaan 
kini dah pun meninggalkan aku keseorangan
kerana "Seluruh yang ada di bumi ini fana(tidak kekal) Ar-Rahman : Ayat 26"
hanya Maha Pencipta yang mengetahui segala kepahitan
Alhamdulillah....menjadi sebutan 
biarpun aku perlu kuat secara bersendirian
tak perlu belas kasihan
moga aku di dalam kalangan hambaMu yang bersyukur dengan ujian
dan belajar menerima qada' dan qadar tuhan

bercakap mengingati kenangan pasti akan menjadi kesedihan
pasti orang membenci dan jemu dengan coretan 
seakan-akan aku insan lemah yang penuh kepura-puraan
bangkitku perlu demi meneruskan amanah dan tanggungjawab tuhan 

terimakasih Allah

moga rahmatMu mengiringi arwah mamaku Al-Fatihah


#kiriman doa & Al-Fatihah juga buat insan-insan hebat Pn Zaidah Omar, 
kaum keluarga, sahabat dan semua kaum muslimin & muslimat
 moga di Jannah tempat kita bertemu ameen

Thursday, March 7, 2013

sang kerinduan



Wahai sang kerinduan.....

Apa yang jauh pernah cuba untuk didekatkan
Biar ditolak berjuta kali, ditentang dan dimaki namun usaha yang dilihat melembutkan hati 
seluruh jiwa merasai keikhlasan disanubari
Apa yang dekat kini telah dijauhkan
Hanya sekelumit kenangan menjadi bayangan 
menjadi peneman sebelum melabuhkan mata menghembus kepenatan seharian
Segala kebaikan masih ikhlas terasa biarpun sukar menerima kebenaran
manusia boleh berkata mengikut suka tetapi memahami itu tidak bisa
Alhamdulillah ucapan berkata...alah bisa tegal biasa...

wahai sang kerinduan...

Kepercayaan yang dibina bukan mengikut paksaan
Perasaan wujud dari keikhlasan sekecil zarah sehingga sebesar harapan
Dari pandangan yang melihat...Dari kaca mata yang menghakis titisan yg berderai
Sebujur tubuh dihadapan terasa hati tersentuh jiwa melihat sang kerinduan yang turut serta sebarisan
Bertambah kuat hati memilih itu adalah pilihan yang tepat 
dan pastinya ini adalah petunjuk yang memberi ruang yang jelas
Keimanan yang terpancar membisikan itu adalah khalifah dan kini sudah tiba masanya menjadi yg halal
kau kekuatan dikala kesusahan kau pengukir senyuman dikala kegembiraan
kau penawar dikala kesakitan

wahai sang kerinduan...

Benar rambut sama hitam tapi hati lain lain
Kini keikhlasan bukan lagi keutamaan
biarpun 1000 tahun yang lalu penuh kejujuran tapi kini hilang dalam jangkaan
susah senang dahulu dipadam dengan pandangan 
yang kau lihat pada penolongmu beberapa detik yang baru
segala kecantikan dan berada dekat dihujung mata bersama segala teknologi dihujung jari pastinya duniawi telah dapat mengubah arah jalan yang dipertahankan sekian lama 
dari satu kini terbelah kepada cabang di lema di dalam persimpangan
Sehingga manusia jujur terlupa dan lemah dengan sandiwara yang sarat dimainkan didepan mata
Tanpa dosa..tanpa salah yang diajukan ia dicampak seperti permainan
Kejamnya permainan dunia

Kerana kebaikan dulu...ku memejamkan mata
kuatkan hati beranggapan baik belaka
kau pastinya berbeza dan tiada cacat cela
Tetapi ternyata silap apabila dipalingkan dengan penipuan 
mempergunakan itu selamanya akan tetap menjadi senjata kepada sandiwara
Kerana sekali belajar membohongi ia akan selamanya terus membohongi untuk kepuasan diri
Jangan terpedaya lagi...

Kenapa manusia hatimu kering
Kenapa manusia hatimu berpaling
Tanpa salah dan silap yang dipersoalkan
apa pun pertanyaan...Keputusan sebelah tangan telah dibuat
Kehendak harus dituruti....
kepuasan haruslah diberi...
demi kasih kepadamu Maha Pencipta aku ikutkan
mungkin bukan dengan memiliki..cukuplah sekadar merasai
moga menepati apa yang kau hajati

ruang dan Jalan telah dibuka..kaki mula melangkah sendiri
Mengikut kehendak yang dituruti
Maka lepaslah lelah memedam perkara yang bersarang dihati
Lepaslah sudah sang permainan dunia yg kononnya memikul salah sekian lama
Pasti kamu akan terkenang dihari tua
Kerana ini juga kisah yang pahit dalam hidupan selagi hayat dikandung badan

Teruskan pilihan moga tiada wujudku, tiada bayanganku, tiada namaku di hatimu
membuatkan kamu mudah berbicara lalu berkasih kasihan
Cukuplah dilihat muslihat dan pembohongan 
Kukuhkan langkah berlalu pergi
kerana harus sedar diri bila tidak dikehendaki lagi
Tanamkan bahawa aku telah dibunuh sebelum mati
Pergi dan tidak berdiri ditengah jalan yang bukan destinasiku
pastinya aku akan dikeji

Toleh ke hadapan dan mohon kekuatan
dengan keluhan kudrat dan sedaya roh dan jasad
Percayalah satu hari nanti kamu akan bangun 
dan terus berjalan tanpa jatuh setelah tersungkur di masa lampaumu
Jadikan pedoman jadikan teladan
Bahawa manusia mudah disakiti tetapi payah untuk diubati
Sekali dilukai akan selamanya diingati hingga jiwanya mati

Kini tinggallah sang kerinduan 
Kenangan yang dikenang sendirian tidak bertepuk lagi
Igauan yg bermain main difikiran
air mata mengukir wajahmu disaat kerinduan...hanya ALLAH yang tahu
Bukan mudah untuk menjadi manusia normal
Reset jiwa dan minda
kembali ingatan pada tujuan sebenar berada dibumi Tuhan
ada amanah dan tanggungjawab harus diteruskan
Setelah dijadikan dirinya permainan disaat diperlukan
Biarpun hati kepiluan sendirian sepi menelan kepahitan 
Jangan di tanya dan mempersoalkan
yang pasti cukuplah Allah mengetahui segala yang tersirat
pastinya ada hikmah disebalik setiap kejadian
bersyukurlah 
Hanya doa ku kirimkan buat mu si permainan dunia




#berbicara#dan#berbalik#pada#yang#satu#oh#TUHAN

Friday, March 1, 2013

Ya Rabb..

~ ustazah nur hafizah musa ♥

Sunday, February 24, 2013

Reminder

24.02.2013 remind for the date

Alhamdulillah Allah s.w.t always with me
Thanks for giving me a good instinct
Give the truth from 'hypocrite of dunya'
Syukur for whats going happen
Make me learn...
Moving forward

La Tahzan

#kadang-kadang berdiam, mengundur dan beralih pergi itu mesti apabila jiwa terlalu dikhianati dan apabila ianya terpaksa berhadapan dengan realiti permainan manusia yang dianggap baik tetapi tidak pernah terfikir untuk berubah kepada yang lebih baik #human#bleeding

#toshare: when you are too honest, someone will betrayed you!! #human#sick

Wednesday, February 20, 2013

k.o.s.o.n.g

Setiap tutur diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong, kosong... oh... oh... 

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan... 

Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan 
Dan akan ku buktikan 
Siapa diriku yang sebenar


muhasabah diri :: 
jangan sesekali menyalahkan takdir yang ditentukan olehNya
 diatas semua ujian yang diberikan..
kerana pasti setiap ujian itu datangnya dari kesilapan diri kita sendiri...mungkin??
sama-samalah kita renung & perbaiki diri

usah mengadu pada manusia...kerana mereka juga seperti kita 
banyak kesilapan & kelemahan..yang bisa menunjukkan kita jalan yang salah
yang hanya mampu 
melihat kedukaan..tetapi tidak bisa mengerti
mendengar tetapi...tidak bisa memahami
menagisi...tetapi tidak bisa merasai 
mencintai..tetapi tidak bisa menghargai
tetapi yang terbaik
berbicaralah pada Allah yang serba mengetahui..insyallah

bagi hati yang berasa kosong, terluka dan rasa seperti dipermainkan
bersabarlah..

kerana HATI kita adalah milik Allah
"kerana Allah hati boleh dijauhkan & kerana Allah jugalah hati kita akan disatukan
insyallah percaya PadaNya..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik buat kita & hati yang kosong ini pasti akan diisikan dengan berjuta kebahagiaan"
who...know??? kuasa Allah
bersabarlah... 




Monday, February 18, 2013

H.E.R Big Day


Part 1: K.E.D.A.H

Bismillah hir-Rahman nir-Rahim


urm..nampaknya banyak negeri yang dah dijelajahi sebelum ke destinasi yang dihajati.

Kata orang "journey make me learn"

first destination singgah di penang..berjumpa dengan my besties

then teruskan pejalanan ke kedah. Sempat jugaklah berfoya-foya + snap picture hehe


jom tengok 







akhirnya sampai jugak di kedah...


so..nak snap jugak.. tak dapat i-city KL i-city kedah pun ok jugak haha


ok ni 1 of my besties..amacam....ada gaya profesional tak??


berposing sikit..


thats...me & wana..sempoi allrise :)

dah habis posing... pe kena char kueh teow iman..jom balik
ready for next destination

Part 2 :: K.e.l.a.n.t.a.n 

alhamdulillah...next we safely arrived to pasir puteh 
setelah 8jam bangun tidur..bangun tidur dalam bus haha



then untuk orang-orang penting macam kami ni
dah pun siap sedia memikul tugas
di dalam sesi mencantik & menginaikan pengantin

fuh....berpeluh jugaklah nak mengutil daun inai & menumbuk inai malam-malam haha
memang pengalaman yang tak boleh dilupakan
all effort because of u....my lovely friend kak khai...

mohon maaf if ada kekurangan ye kak..


memory with wana + khairani 


memory with pengantin 


sesi menginai & menganiaya pengantin haha



wana sedang menunjukkan skillnya..



then next...my turn..bole ke?? kasi hentam sajalah..asalkan cantik ye tak?? 
(muka pengantin macm cemas jekan..seram dapat si pemakai inai yang tak bertauliah ni hehe)




urm...nampak tak..hasilnya...hehe
isyh..isyh tgn siapalah yang gemuk sangat dalam picture ni... haha
sambil ambil aura pengantin :)



fuh...berpeluh jugak tuh
macam professional je katanya....






#nice #view #pastel #pelamin



#mengabadikan kenangan #POLAROID #syle




setelah diberikan sentuhan...
urm...miracle....awesome dear so sweet



bride with wana


bride with me





#write #guestbook


semoga kalian berdua sentiasa dirahmati Allah & bercinta hingga JANNAH amin


hantaran daripada pihak lelaki


hantaran daripada pihak perempuan 


#sweet #pastel #pelamin


#u look so sweet girl


#its me...



#ambil #aura & #seri  #pengantin...
persiapan katanya...haha


#write #guestbook 


#when we together
pray..our friendship forever & ever
and friends until jannah amin


#rombongan pihak lelaki


#rombongan pihak lelaki


 bridemaid??...macam tak percaya jekan terkejut i tau
tapi demi sahabat tersayang redah jela..
padahal Allah je yang tahu bridemaid lagi ketaq dari pengantin macam mana tu?? hehe


#semoga berbahagia


#her #lovely #husband




#sesi menyarungkan cincin


#ok ni bukti...i buat kerja 
thanks wana for this picture


#dedicated #sweet #word #for #both #of #u

"rapatlah -rapat daun pinang
 buahnya lebat bergamding-ganding
 cepatlah-cepat abang pinang
 bulan ni kita bersanding" :)



#memory #with #UTHM #buddies


alhamdulillah akhirnya selesai sudah
doa yang terbaik untuk kita semua

after habis the all event then kita p pekena air yok + cucur udang dengan angin sepui-sepui bahasa
jenguk-jenguk wakaf cek yeh 
& berangkat pulang

setelah bertarung 13jam on da way balik ke KL
akhirnya sampai juga alhamdulillah

perjalanan yang tidak dapat dilupakan
nice memory :)

terima kasih banyak-banyak dari pihak saya buat semua 
yang membantu saya sepanjang perjalanan
terima kasih buat kamu-kamu yang belanja saya makan,
 sediakan penginapan & pengangkutan alhamdulillah
thanks jugak buat kak khai & family 
ALLAH BLESS YOU
maaf juga untuk kekilafan sepanjang saya disana
yang baik datang dari Allah yang kurang itu dari saya