
Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah. Ketika inilah solat, doa, istighfar kita lakukan sepenuh hati dan seikhlasnya kerana tersedar dibumi yang nyata dan sedar dimana kita berada dan sungguh kerdil diri ini dimata MAHA PENCIPTA. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.
Ujian sebenarnya, teguran dari ALLAH untuk kita tidak lalai dengan keseronokan dan kenikmatan dunia yang diberi sebagai pinjaman seketika sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur kepadaNya. Lalu apabila ditarik segala nikmat, disitu kedudukan diri kita yang sebenar.
Usah bersedih sahabatku, bangkitlah dan tabahlah dengan Ujian Allah yang sekadar menyedarkan kita dari mimpi. Pasti ada kesilapan dan kezaliman atas diri sendiri yang telah kita lakukan.. Jangan salahkan takdir Allah dan jangan salahkan sesiapa...bertanya balik pada diri sendiri.
Adakah kita banyak lupa pada Illahi? Lupa tujuan asal kita dibumi Tuhan?? Leka dengan kenikmatan dan kecantikan dunia semata-mata??
ATAU
lebih mementingkan kesempurnaan dalam hidup dari belajar mensyukuri pemberian dariNya
Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.
kuatlah, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..


yang baik dari ALLAH
yang kurang dari diri penulis sendiri..













