B.I.L.A.H.A.T.I W.A.N.I.T.A.B.E.R.K.A.T.A
“Bila hati berbicara tentang jodoh…
Aku mahukan dia seorang yang jelas agamanya,
kerana itu akan membawa kami ke syurga…
Aku mahukan dia seorang yang mencintai Allah dan Rasul,
kerana itu akan menambahkan lagi cintaku kepada Allah dan Rasul…
Aku mahukan dia seorang yang ‘berjuang’ di jalanNya (fi sabilillah),
kerana itu akan menjadikan aku sebagai sayap kiri kepada seorang pejuang Islam…
Aku mahukan dia seorang yang ada kepimpinannya,
kerana itu aku akan melahirkan seorang ulama’, hafiz mahupun hafizah…
Aku mahukan dia yang sentiasa mencintai dan menyayangiku,
kerana itu aku akan sedaya upaya menjadi bidadari terbaik dalam hidupnya…
~Mencintai dan dicintai kerana Allah~”
— (via haneylikestars)