Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Sunday, January 25, 2015

Aku yang bergelar HAMBA


APA YANG ANDA MAHU DALAM HIDUP????

TERSENYUM
BAHAGIA
DISAYANGI
BERTEMAN
DIHORMATI 
DISENANGI 
CERIA 
KEPUASAN
KEJAYAAN
MUSLIM YANG DIREDHAI


Bukan mudah untuk lalui kehidupan realiti ini.  Pelbagai dugaan yang harus dihadapi.
Itulah tugas kita sebagai hamba di muka bumi ini. 

Nak atau Tidak??? 
SUKA atau TIDAK???

kita harus lalui untuk diuji kekuatan kita, ingatan kita pada Si Pencipta.

Terpejamnya mata lalu mimpi indah, kadang-kadang kebahagian itu menjadi angan-angan 
mainan tidur yang mampu mengukir senyuman walaupun hanya untuk 
3-4jam terlena. Bila sedar semula semua keseronokan itu hilang dalam dunia nyata. 

Itulah kata pepatah "Berpijaklah diatas bumi yang nyata"

Kita ingin TERSENYUM tapi ada saja dugaan yang bisa memadamkan senyuman diwajah.
Kita ingin BAHAGIA...mana mungkin dapat rasa bahagia kalau hati resah tak semena-mena.
Kita ingin DISAYANGI, DIHORMATI,DISENANGI tapi masih ada yang membenci
Kita impikan mempunyai TEMAN yang sentiasa disisi tapi kita selalu dikhianati
Kita ingin KECERIAAN menjalani hidup didunia sementara ini dengan baik-baik saja tapi masih ada ujian yang datang bertimpa-timpa
Kita inginkan KEJAYAAN tapi diusia rapuh ini kita masih tercari-cari hala tuju diri
Ingin menjadi MUSLIM YANG DIREDHAI itulah usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk sentiasa perbaiki diri & kekuatan untuk teruskan hidup dengan tabah. 

Kini hidup umpama peluang kedua yang diberi oleh si Pencipta 
moga sentiasa diiringi keredhaan & rahmat dariNya agar aku terus kuat & tabah 
berpijak dibumi tuhan & moga REBAH ku juga sebagai hambaMu yang diberkati di DUNIA & AKHIRAT

Buat mereka diluar sana yang tidak mengenali atau telah lama mengenali 
ampunkan aku andai ada kekurangan diri sepanjang perkenalan kita
segala kekurangan adalah dari diri kecil ini & segala kebaikan datangnya dari Yang Esa. 

Doaku moga kita sentiasa diampunkan & diredhai Allah Aamiin......


Allahualam.............

Friday, November 7, 2014

Hope to be this....one day InsyaAllah

So touched!!!  hope to be this...
Have my own kecintaan
My own khalifah that will guide me until JANNAH
My own kebahagian
My SOULMATE
My ARJUNA
Cinta hingga syurga...
1 day InsyaAllah & i make DOA for UOLS outside there TOO

#Belajar untuk terima pasangan anda seadanya
Kerana itula tujuan Allah menciptakan manusia hidup berpasangan untuk saling melengkapi kerana lumrah manusia diciptakan serba kurang & tidak sempurna.

Jangan hanya memandang rupa tapi lihatlah pada keikhlasan & kesungguhannya dalam mencintaimu

InsyaAllah 1 day

Wednesday, October 29, 2014

Repost via akuislam


Penulis terpanggil untuk membuat repost bagi tajuk ini, moga artikel ini memberi kebaikan kepada semua..InsyaAllah

Bagaimana Menguatkan HATI saat DiTinggalkanTanpa Sebab & Penjelasan


tinggalkan
6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku. Saling menyayangi, saling mengasihi. Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.
Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.
6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu. Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.
Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap. Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.
Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.
Things end but memories last forever. 
Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.
Tapi, apa yang saya dapat akhirnya?
Hanya kesakitan. Hanya luka yang makin dalam. Hanya air mata yang jadi peneman.Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?
Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.
Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya.
Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.
Saya lupakan Allah.Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri. Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka. Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.
Tapi Allah? Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(Al-Baqarah: 286)
Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]
Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah. Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani. Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.
Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.
Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia. Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia. Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia.  Semoga Allah jaga dia.
“ Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “
Dengan menjatuhkan orang lain, kita tidak akan menemukan apa-apa. Selain, kekalahan di hujung jalan.
     Air mata tumpah tanpa saya pinta. Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.      Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu      semangat meresap dalam diri.
     “ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “
     Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah. Bila menangis, senyumlah. Andai hilang        harapan, berdoalah. Moga bahagia. Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa        sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri. 
     Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir. Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia,        tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya? Kenapa Allah ambil dia dari saya?            Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.
    “ Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita.                   Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “ – Rusydee Artz
     Tapi bila renung kembali. Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa                jawapan. Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya. Ada sebab kenapa Allah biarkan        dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti. Setiap yang berlaku pasti ada            sebab.
    Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi          mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti.
   “ Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya. Tapi                    sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi.                 Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh                         dengan DIA. “ – Rusydee Artz

    Penutup

      Jangan terus berduka. Jangan terus bernafas dengan kenangan lama. Allah ada                   bersama kita.Janganlah kamu menyerah kalah kerana suatu hari nanti semuanya akan         terubat.
      InsyaaAllah. :’)

Wednesday, October 8, 2014

Turn To ALLAH #2




pernahkah kita terpikir disaat datangnya ajal
kita masih didalam kelalaian, dalam kelekaan, dosa & maksiat
mahukah kita dijemput pulang kepada Maha Pencipta tanpa sempat bertaubat??

dek kerana sibuk memilih dunia
kita menjadi lalai dan alpa
wahai para sahabat
bertaubatlah sementara punya kesempatan

setiap kejadian & kesulitan yang menimpa pasti datangnya
dari kezaliman yang disebabkan oleh diri kita sendiri.

Tanpa kita sedari/pernah ke kita terfikir.....
punya rumah besar tapi hati tidak tenang..
punya kereta mewah, kerja senang, bos sayang tapi hati tidak tenang..
punya perniagaan berjaya, projek tender berjuta habis sekelip mata..
punya kawan ramai bergelak ketawa..tiba dirumah jiwa kesunyian..
hati merasa seperti ada yang tak kena..

apakah petanda???

ingatlah hati juga perlukan santapan...

santapan itu adalah penenang jiwa
kembalilah kepada Maha Pencipta

#dirikanlah solat, awalkan solat, perbaiki solat & bacaan

#bacalah & hayatilah keindahan Al-quran (sibuk macamana sekalipun cubalah baca alquran walaupun sehari sekali)

#dirikan solat sunat Taubat, Tahajjud, dhuha & witir

#memohon maaf sesama manusia andai ada salah & silap

#jagalah hubungan sesama manusia..jangan ada benci membenci
#bercakap & bersangkalah yang baik-baik

#jika rindu, marah, benci pada seseorang sedekahkanlah AL-Fatihah & 

doakanlah sesama manusia InshaALLAH Allah akan lembutkan hatinya untuk bertaubat dan menginsafi kesalahan diri

setiap kejahatan maka balaslah dengan kebaikan
percayalah didalam setiap kejahatan...pasti akan ada kebaikan yang dapat menandinginnya.    

InshaALLAH penulis hanya berkongsi pandangan & nasihat
untuk dapatkan iman yang baik serta keredhaan Allah
maka mulalah dengan kebaikan dari diri kita sendiri
kemudian berdakwahlah agar sama-sama beroleh kebaikan didunia & akhirat



#sebagai renungan bersama

yang baik dari ALLAH
yang kurang dari diri penulis sendiri..

Friday, September 12, 2014

Trust on ALLAH

 

Assalamualaikum...

Apabila mendengar masalah kita hanya akan berkata bersabarlah, cuba membantu dengan sebaiknya dengan menjadi pendengar yang setia buat si yang bermasalah. Penulis percaya semua pasti berada didalam situasi ni. Tetapi amatlah berat bebenannya apabila datangnya masalah itu pada diri sendiri. Malah untuk pujuk diri sendiri juga bukan perkara yang mudah lagi. 

Ketika itu, kita pula akan mendengar kata-kata nasihat dengan berkata bersabarlah, tabahlah, kuatlah tapi pastinya ia tetap takkan sama dengan yang melaluinya. Confirm yang memikul pasti lebih berat dari yang memerhati.  

Lindungilah perasaan itu dengan senyuman..pasti ia adalah sia-sia kerana kepedihannya hanya kita yang tahu. Ketika itulah kita akan lebih selesa menyendiri dan berfikir lebih banyak. Disinilah tarbiah hati bermula....


Pelbagai soalan bermain difikiran

KENAPA AKU DIUJI??? KENAPA ALLAH MEMILIH AKU???

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, adakah kita akan duduk dan fikir balik apa tujuan hidup ini? Mungkin tak, kerana kita tak rasa kebergantungan kita kepada Allah, kita lupa yang mengizinkan segalanya terjadi adalah kerana DIA. Segala nikmat pinjaman itu adalah dari yang Maha Esa. 

Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah. Ketika inilah solat, doa, istighfar kita lakukan sepenuh hati dan seikhlasnya kerana tersedar dibumi yang nyata dan sedar dimana kita berada dan sungguh kerdil diri ini dimata MAHA PENCIPTA. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.

Ujian sebenarnya, teguran dari ALLAH untuk kita tidak lalai dengan keseronokan dan kenikmatan dunia yang diberi sebagai pinjaman seketika sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur kepadaNya. Lalu apabila ditarik segala nikmat, disitu kedudukan diri kita yang sebenar. 

Usah bersedih sahabatku, bangkitlah dan tabahlah dengan Ujian Allah yang sekadar menyedarkan kita dari mimpi. Pasti ada kesilapan dan kezaliman atas diri sendiri yang telah kita lakukan.. Jangan salahkan takdir Allah dan jangan salahkan sesiapa...bertanya balik pada diri sendiri. 

Adakah kita banyak lupa pada Illahi? Lupa tujuan asal kita dibumi Tuhan?? Leka dengan kenikmatan dan kecantikan dunia semata-mata?? 

ATAU

lebih mementingkan kesempurnaan dalam hidup dari belajar mensyukuri pemberian dariNya
Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.

kuatlah, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..
“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)"
#sebagai renungan bersama

yang baik dari ALLAH
yang kurang dari diri penulis sendiri.. 

Saturday, August 30, 2014

Tips Bangkit Setelah Jatuh

Penulis ingin membuat perkongsian bersama buat mereka yang pernah disakiti,sedang disakiti atau telah disakiti. Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh!!
HIDUP JUGA UMPAMA RODA, kadang kita diatas kadang kita dibawah. Setiap yang teraniaya pasti akan dibela. 
Melupakan sesuatu bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan. Air mata dan doa bersilih ganti. 
Betul.. bercakap memang mudah. Tapi Yakin dengan Ketentuan Allah..
Bukan mudah juga untuk memulihkan hati yang telah dilukai.Berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk. Ketika rindu mengadulah pada DIA & banyakkan bermuhasabah diri, mungkin kerana terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, membuatkan kita alpa. 
INGAT DUNIA bukan matlamat akhir kita...AKHIRAT penghujungnya juga. 
Bangkitlah & Pandanglah ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 cari kekuatan dengan:


1. Jaga Solat

Sebagai hambaNya ini adalah kewajipan kita, tetapi ada juga yang solat sekadar ingin melepaskan diri dikala susah tapi tidak dikala bahagia & senang. Ingatlah dengan solat hati akan menjadi tenang. Biar sibuk mana sekalipun jagalah solat, biar jahat sekalipun solatlah, biar malas pun solatlah... 
sebelum kita ingin mengubah seseorang maka ubahlah diri kita.
InshaAllah jika kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah pasti akan menjaga hubunganNya dengan hamba-hambaNya...


2. Mohon kekuatan daripada Allah

Pohonlah kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang. Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]

2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 “…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8]
Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
 3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Sentiasa ingatkan diri bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah,  yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. ALLAH itu ada..redha dengan ketentuannya. 
4. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
5. Berkongsi kepada orang yang dipercayai
Berkongsilah dengan orang yang anda percayai & mintalah nasihat,sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”.
 JANGAN simpan duka lama-lama. Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan oleh Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan kita nilai syukur, 
lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan. 
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, 
lalu Dia berikan ujian. 
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri 
lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain. Allah tidak akan memberi sesuatu dengan sia-sia. 

Sunday, June 15, 2014

Turn to Allah

Ada waktu
Nafas berat terhela
Sesak...Sebak
Segala yang dilalui terasa sempit & semakin sukar
Ujian yang datang terasa berat dan menyeksa jiwa

Lupa untuk bersyukur
Lupa untuk sabar
Lupa untuk Doa
Lupa pada Dia "Tuhan"
dek kerana nafsu mengawal jiwa
dek kerana leka keindahan yang sementara

Bila sudah jatuh kini mulai sedar
tibalah masanya.....
sudah sampai waktunya....
baliklah kepada Maha Pencipta
kerana Dia penyembuh duka
tiada sesuatu pun yang mampu menolongmu
hanya Dia...
yang Maha Pengampun 
kerana Dia lebih menyayangi tanpa pernah meninggalkanmu

"Tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah,
dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya
(untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar) dan ingatlah
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [64:11] 


Tuesday, March 25, 2014

Jawapan pada beribu soalan

 
Penantian yang ditunggu kini sampai ke penghujungnya...
 
 
 
Berhari-hari mencari mu
Semua manusia tak pernah jemu
Perkhabaranmu sentiasa ditungu-tunggu
Berdoa & mengharapkan kepulangan mu
 
Andai ini jawapannya
Terdiam kami satu dunia
Andai ini suratannya
Kami turut berduka
Andai ini ketentuanNya
Kami turut mendoakanNya
 
Lautan bergelora diredahi bersama
Tiada gentar mengambarkan semangat jiwa
Demi sesama manusia kita harus turut berusaha
Walaupun tidak kesana tapi tetap berdoa pada Maha Pencipta  
 
 
Andai lautan itu menjadi pusaramu
Kami redha
Andai disitu pengakhiranmu
Kami pasrah
 
Hanya doa sebagai hadiah
Moga keluarga tabah
Walaupun dirimu kian rebah
Qada & qadar telah tertulis oleh Allah
 
Dan kami entah bila agaknya??
Bagaimana pula nasib kami..dijemput pulang mengadap Maha Pencipta
Semua kepunyaan dan kita hanya penumpang sementara
Muhasabah diri sementara ada kesempatan masa
Hanya doa ku kirim sebagai wakil suram dihati mampu direda
Moga tenang roh kamu disana
 
Al-Fatihah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, March 22, 2014

Buatmu ayah n bonda

Sebelum melelapkan mata
Jom sama-sama mendoakan kesejahteraan buat  ayah & bonda.
Moga inilah usaha
Moga inilah bekalan buat kedua-duanya
mereka adalah penguat selama membesar n menjadi penyokong disebalik kejayaan kita pada harini.

Dengan segala apa masih belum mampu membalas jasa kedua-duanya.

Moga Allah tempat mereka dikalangan orang-orang
yang beriman ameen

Friday, March 21, 2014

H.o.l.i.d.a.y



-M.o.o.d H.o.l.i.d.a.y-


Alhamdulillah dapat jugak spent time together curi masa untuk holiday
walaupun memasing busykan

Thanks my dear friends for priceless moment ni
Memang sakit tekak melayan perangai memasingkan


Jom layan moment indah
Disebabkan kitaorang kuat makan 
so korang jangan bernanah mata 
sebab asyik makanan jer dalam ni 
+ lagi bernanah dengan tuan yang suka bergambarkan haha :)

~First Day~

1st destination :
Pekena Asam Pedas 




2nd Destination:
Coconut Shake Pantai Klebang

Sempatlah pekena coconut shake sambil-sambil ambil angin sepoi-sepoi bahasa tepi pantai. 
Walaupun macam-macam kejadian lawak berlaku tapi tetap hapening.
Nasib tak tertimbus dek pasir..tambak laut haha




3rd Destination:
Umbai Ikan Bakar

Umbai ni memang destinasi wajib kalau mai melaka.
Dekat sini banyak pilihan so pandai-pandai uols memilih 
then apa lagi soru ler..
lepas makan confirm tersandar 7hari 7malam hehe 




4th Destination:
Dataran Pahlawan

Ok walaupun kitaorang bukan keturunan BUGIS 
tapi masih sempat singgah dataran pahlawan ni.
Sebagai menghargai sempatlah snap picture sebagai bukti hehe




Penutup 1st day:
McCafe

Walaupun memasing dah kenyang sangat tapi sempat lagi singgah mengeteh
Alhamdulillah selamat segelas coffee latte 
Cukup lah untuk bekal harini 





~Second Day~

Menara Taming Sari



Apa-apa pun nak wish congrats untuk nadia yahya ni
walaupun sangat berani (ok jangan percaya sangat sila gantikan dengan perkataan berlawanan) haha
sanggup naik sekali dengan we all


Sebagai bukti keberaniannya

Ok Fine!!!!
(Memang berani sangat haha)




                                      

Melaka River Cruise

Mentang-mentanglah berani 
memasing muka senyum lebar jekan hehe





Lastly itulah dia percutian group macam-macam
semua nak main fon jekan..nampak sangat memasing kaki stalker haha (tipu jer)
semua celik IT lah hehe



Special Dedicated for both of u:

H.a.n.i.f.i.a.h & N.a.d.i.a


Thanks for this vacation

Hope kita boleh spent together macam ni lagi untuk hilangkan stress
Walaupun just short vacation 
but atleast dapatlah jugak hilangkan stress & 
hilangkan kempunan nak makan ikan bakar 
tinkiu so much darling