Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Sunday, February 26, 2012

m.e.l.a.k.a



alhamdulillah akhirnya wishlist kami ke m.e.l.a.k.a terlaksana juga
Thank u ALLAH

bermulanya langkah kami mengenali bumi ciptaanNya
-
-
-
-
-

::destinasi pertama::
isi perut dulu =) singgah pekena coconut shake special + nasi lemak
kononya nak lapik perut je....tapi biasala kan bab makan ni jangan ditolak
fuhh..memang kenyang

jom tengok sikit muka yang lapik perut sampai kenyang tu..

me and cik kheira

cik wana

cik ayus

cik ninie


NEXT

::destinasi kedua::
muzium samudera
bayaran RM5 siap ada beg plasik lagi
untuk simpan kasut anda yang mahal2 tu
bagusla bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan"




memang ceria muka memasingkan...
al-maklumla orang dapat jalan


ok...pose model skit

pose malaysia next top model hehe...

::destinasi ketiga::
menara taming sari
bayaran RM1o bagi mereka2 yang ada mykad
yang tak ada mykad bayaran RM20..boleh tahanla




ok we all semua posing dah macam naik menara taming sari private kan....
sebabnya kami je yang meriuhkan suasana kat dalam tu



::destinasi ketiga::
Kota A'Famosa
bayaran FREE...
tapi memerlukan daya ketahanan lutut yang kuat
sebab tinggi yea nak naik atas tu
memang lenguh lutut dibuatnya
tetiba rasa tercabar dengan tourist oversea yang dah berumur & berambut putih
rilex je naik kan
so kami pun gagahkan kaki masing2 naik jugak atas tu...
ha..ha...semputtt.....(ala...ala semanis kurma gitu)





::destinasi keempat::
pekena cendol depan menara jam bangunan merah
memang best..
harga pun berpatutan
tuan kedai pun mesra pelanggan bagus2 1Malaysia


::destinasi kelima::
menara jam bangunan merah



posing itu haruss....
-
-
-
-




wah...ini twin ka apa???
tetiba teringat....ayat sorang tourist tu "can u....tell story abt bangunan merah...i....i...from penang...." hehe
ayat ni dituju khas utk cik ninie hehe


::destinasi keenam::
river cruise
bayaran RM10
pusing dekat sungai Melaka selama 40minit
best jgk tengok kawasan melaka n sejarahnya sambil bersantai dalam cruise


ok..berposing ditengah2 sunset.....smbil tunggu cruise



::destinasi ketujuh::
Jonker Walk
hapeynya kami sume sebab dapat posing dengan Jonker street je...
almklumla weekend je ada Walk nya hari biasa street je yang tinggal =)
so street...pun street la..janji dapat posing



::destinasi terakhir::
before balik biasala mesti kena isi perut
pekena ikan bakar..cicah air asam + ikan siakap 3rasa + sayur campur
memang sedap...
memang kenyang...
Alhamdulillah rezeki2....
dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah


jom tengok muka2 gumbira dapat makan besar
-
-
-
-
-



muka2 kekenyangan...
masing2 nak senyum pon dah tak larat dah hehe



perjalanan yang sangat best
hopefully dapatla tunaikan wishlist yang lain2 nanti...amin
tada....

Saturday, February 25, 2012

bukan kepunyaan K.I.T.A


Wahai manusia...Seusia ini haruslah digunakan untuk sesuatu yang berfaedah dan menuju kepada mencari Redha Ilahi. Nyatakanlah setiap apa sahaja
perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa
mudah-mudahan ianya dimakbulkan.
kerana Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar setiap satu permintaan hambaNya....amin

Perasan tak selalunya kita semua mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu & ini.Kononnya semua orang lain yang lebih baik dan lagi bagus dari kita tapi..... hakikatnya,
kita kena berfikir kerana biasanya apabila kita benar-benar
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga pasti datang bersama masalah yang teruji.

Sebagai contohlah, kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih jika keratanya mengalami kerosakan.Lepas tu mulalah rasa tak mampu

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh kehadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta setelah berhujan dan berpanas.

Dalam pelajaran, jangan sebab kadang-kadang kawan kita dapat markah yang jauh lebih baik membuat kita down & tension...smpai penah terdetik dihati "aku ni tak lah sepandai die...die tu cepat pickup...tak pela mak ayah die orang pandai2..orang kaya..adik beradik die belajar tinggi2..lagipun die rajin study aku nih da bace buku banyak kali pun lum tentu ingat...malaslah" kadang-kadang tu sama-sama sendiri pun nak berdengki "eh...asl markah aku lagi rendah dari die nih...ni mesti die kaki bodek lecturer" or kadang tu sampi sanggup curi-curi dengar or nk tengok jugak member kita dapat berapa & ada pula kadang2 ada jugak bila time exam kita dapat tips tuk peperiksaan tapi..kita susah nak berkongsi dengan kwn2 yang selama ni banyak tolong kita & xpenah berkira dengan kita, xbolehlah mcm tu sedekah itu kan amalan mulia lagi pun SHARING IS CARING..insyallah setiap benda2 baik yg kite buat pasti akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat-lipat ganda..

kite ni kena selalu berfikir positif dalam dunia nih manusia dilahirkan dengan kebolehan yang berbeza sume orang xsame gan apa yg kita ada, tapi...apa yang menjadi ianya satu kesamaan adalah dengan kerjasama(ape..yang penting kerjasama) *_*

Selain itu juga dalam dunia percintaan, bila anda bersiar-siar di shopping complex anda terpandang ada sepasang kekasih yang dilamun cinta kena plak kalau bf dia kacak sangat..or gf dia cantik sangat mesti korang semua berkata "ya allah alangkah indahnya dunia ni bila ada kekasih hensem & cantik" or ada jugak yang berkata "aku kalau dapat awek & balak macam ni sikit punye cun confirm gerenti tak cari lain da...wok..." tapi hakikatnya rupa itu belum menjanjikan kebahagiaan taw...
kekuatan untuk suatu hubungan adalah dari Agama nya...insyallah dengan agama yang diperolehi pasangan kita insyallah dia akan melengkapi semua kehendak yang anda idamkan
tanpa agama...hidup kita akan serba dalam keadaan tak tahu & tersesat.
mungkin kita akan kerap kali diuji dalam perhubungan & kadang-kadang tak semestinya apa yang kite nak kita akan dapat.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni
walaupun anda keseorangan
janganlah bersedih...anda bukan keseorangan kerana ALLAH sentiasa disisimu
insyallah dengan percayakan ketentuanNya...Ia pasti akan mengurniakan
seseorang yang diciptakan sebagai peneman kita untuk berbahagia
didunia & diakhirat
cinta kita until jannah

Insyallah usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa, tawakal padaNya & redha...insyallah ia dapat buat kita berasa tenang & bersemangat dalam hadapi cabaran dan menemui kebahagiaan yang diimpikan

Kita kena ingat bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Bukan semua yang ada depan mata kepunyaan kita.
kejayaan juga bukan datang bergolek ia pasti terjadi dengan usaha yang dapat membuahkan hasil dan rintangan yang teruji. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Insyaallah apa yang baik pasti akan dibalas baik
renung-renungkan... ^_^

*moga kebahagian milik kita semua didunia & diakhirat..amin

s.e.n.y.u.m



Daripada Abu Zar al-Ghifari RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Senyuman yang diberikan kepada saudara kamu adalah sedekah;
melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran adalah sedekah;
memberikan pertunjuk kepada orang yang sesat adalah sedekah;
dan membuang batu, duri serta tulang yang menghalang perjalanan adalah sedekah".

(Hadis Riwayat Bukhari)

thx : D'RAH Collection

Wednesday, February 8, 2012

t.a.n.p.a .d.e.n.d.a.m

"Siapa diri ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah dan kecewa
Hanyalah bara membakar jiwa
Sungguhpun ku terkilan
Terguris perasaan
Ku pilih berdiam diri
TANPA DENDAM DIHATI"


Tuesday, February 7, 2012

s.a.h.a.b.a.t


hadirnya seseorang dalam hidup adakalanya utk berkongsi Duka
ada pula yg hadir sekadar untuk berkongsi kegembiraan
ada juga yang ikhlas berkongsi suka & duka
jika itu yang terjadi dalam hidup anda....MAKA
bersyukurla kerana anda sangat beruntung kerana anda bertuah dikurniakan seseorang yang bergelar SAHABAT

lagu yang best utk dikongsikan bersama-sama dengan sahabat anda


dedicated this song for all my good friends.....
especially my best & good..good...friend miss ninie
thanks for being my friends uols..


tak lupa juga untuk geng-geng TAMAN RONA
cik khairani,cik wana & cik ayus


untukmu S.A.H.A.B.A.T

kau ada dikala ku SUKA
dikala ku DUKA
setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
mendengar kisah pahit manis hidupku


m.u.t.i.a.r.a. .k.a.t.a

"KEKUATAN seorang sahabat adakalanya bermula dari hadirnya seorang sahabat yang lain dengan selalu memberi semangat untuk meneruskan perjuangan"


thanks for being my good friend NOOR AINI
anda ada disaat suka & duka i
hope our friendship never ends ♥
May ALLAH Bless u




thanks so much dear
because reply me this song
so sweet & sgt bermakna
♥ it!!!


k.o.s.o.n.g



kata seorang s.a.h.a.b.a.t memberi semangat agar aku bangkit kehadapan


hayati lirik ini.....

"kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar"

Thanks for sharing me this song NOOR AINI



Thursday, February 2, 2012

damba K.A.S.E.H.M.U ALLAH


Duhatiku ada dua cinta yang bergolak dan berbolak balik

"Antara cinta ALLAH dan cinta dunia
sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat"

jika kau bertanya adakah Dia dihatimu???

aku menjawab:
aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar Dia ada dihatiku.
Aku belum sampai ketahap mencintaiNya,
tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk MENCINTAINYA
-Ustaz Pahrol Mohd Juoi [Di Mana Dia Di Hatimu?] & senyomdesign.com


Wednesday, February 1, 2012

R.a.s.u.l.u.l.l.a.h DALAM m.e.n.g.e.n.a..n.g.m.u



Maulid Nabi Muhammad S.A.W semakin hampir
Rabi' al-awwal sebagai bulan khusus mengingati baginda
Sedangkan Mengingati perjuangan dan kasih sayang kekasih ALLAH kepada umatnya
adalah semanisnya setiap masa & setiap hari
Lupakanlah segala duka yang sering menduga
moga dengan mengingati yang Maha Esa & memperingati kasih sayang kekasih ALLAH ini
mendapatkan kita ketenangan yang nyata
insyallah....
marilah sama-sama kita berselawat
sebagai tanda kasih umatnya kepada Rasul Yang TERCINTA
Allahumma solli ala Muhammad, waala ali Muhammad.



#semoga hati menjadi tenang...INSYALLAH amin...