Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Wednesday, June 26, 2013

Hati milikNya


hati milik ALLAH
bertahan & serahkanlah segalanya Pada Maha Pencipta
kerana Dia sedang mengaturkan yang terbaik 
InshaAllah 

"TRUST ON ALLAH"


kasihkan manusia pasti akan mati
kasihkan Allah kekal selamanya didunia & akhirat nanti


Nisfu Syabaan


Syaaban membawa maksud ‘bulan pemisah’ kerana ia memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan. Jika Rejab dianggap sebagai bulan ujian dan Ramadan sebagai bulan latihan, maka Syaaban yang mulia ini adalah sebagai bulan persediaan dan persiapan melakukan kebaikan sebanyak mungkin termasuk memerangi nafsu.

"Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)"

Di samping memohon doa, digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan 
di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. 
Sabda Nabi SAW: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Sambutlah kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran serta peringatan bahawa perjuangan sebagai seorang insan masih belum berakhir. 

#apa yang berlalu jadikan pedoman, apa yang masih didepan harus dihadapi & 
apa yang akan datang pasti akan dilalui...
muhasabah diri moga kita menjadi insan yang lebih kuat & jauh lebih baik...InshaAllah
TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU
#THANK#YOU#ALLAH