Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Tuesday, March 25, 2014

Jawapan pada beribu soalan

 
Penantian yang ditunggu kini sampai ke penghujungnya...
 
 
 
Berhari-hari mencari mu
Semua manusia tak pernah jemu
Perkhabaranmu sentiasa ditungu-tunggu
Berdoa & mengharapkan kepulangan mu
 
Andai ini jawapannya
Terdiam kami satu dunia
Andai ini suratannya
Kami turut berduka
Andai ini ketentuanNya
Kami turut mendoakanNya
 
Lautan bergelora diredahi bersama
Tiada gentar mengambarkan semangat jiwa
Demi sesama manusia kita harus turut berusaha
Walaupun tidak kesana tapi tetap berdoa pada Maha Pencipta  
 
 
Andai lautan itu menjadi pusaramu
Kami redha
Andai disitu pengakhiranmu
Kami pasrah
 
Hanya doa sebagai hadiah
Moga keluarga tabah
Walaupun dirimu kian rebah
Qada & qadar telah tertulis oleh Allah
 
Dan kami entah bila agaknya??
Bagaimana pula nasib kami..dijemput pulang mengadap Maha Pencipta
Semua kepunyaan dan kita hanya penumpang sementara
Muhasabah diri sementara ada kesempatan masa
Hanya doa ku kirim sebagai wakil suram dihati mampu direda
Moga tenang roh kamu disana
 
Al-Fatihah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, March 22, 2014

Buatmu ayah n bonda

Sebelum melelapkan mata
Jom sama-sama mendoakan kesejahteraan buat  ayah & bonda.
Moga inilah usaha
Moga inilah bekalan buat kedua-duanya
mereka adalah penguat selama membesar n menjadi penyokong disebalik kejayaan kita pada harini.

Dengan segala apa masih belum mampu membalas jasa kedua-duanya.

Moga Allah tempat mereka dikalangan orang-orang
yang beriman ameen

Friday, March 21, 2014

H.o.l.i.d.a.y



-M.o.o.d H.o.l.i.d.a.y-


Alhamdulillah dapat jugak spent time together curi masa untuk holiday
walaupun memasing busykan

Thanks my dear friends for priceless moment ni
Memang sakit tekak melayan perangai memasingkan


Jom layan moment indah
Disebabkan kitaorang kuat makan 
so korang jangan bernanah mata 
sebab asyik makanan jer dalam ni 
+ lagi bernanah dengan tuan yang suka bergambarkan haha :)

~First Day~

1st destination :
Pekena Asam Pedas 




2nd Destination:
Coconut Shake Pantai Klebang

Sempatlah pekena coconut shake sambil-sambil ambil angin sepoi-sepoi bahasa tepi pantai. 
Walaupun macam-macam kejadian lawak berlaku tapi tetap hapening.
Nasib tak tertimbus dek pasir..tambak laut haha




3rd Destination:
Umbai Ikan Bakar

Umbai ni memang destinasi wajib kalau mai melaka.
Dekat sini banyak pilihan so pandai-pandai uols memilih 
then apa lagi soru ler..
lepas makan confirm tersandar 7hari 7malam hehe 




4th Destination:
Dataran Pahlawan

Ok walaupun kitaorang bukan keturunan BUGIS 
tapi masih sempat singgah dataran pahlawan ni.
Sebagai menghargai sempatlah snap picture sebagai bukti hehe




Penutup 1st day:
McCafe

Walaupun memasing dah kenyang sangat tapi sempat lagi singgah mengeteh
Alhamdulillah selamat segelas coffee latte 
Cukup lah untuk bekal harini 





~Second Day~

Menara Taming Sari



Apa-apa pun nak wish congrats untuk nadia yahya ni
walaupun sangat berani (ok jangan percaya sangat sila gantikan dengan perkataan berlawanan) haha
sanggup naik sekali dengan we all


Sebagai bukti keberaniannya

Ok Fine!!!!
(Memang berani sangat haha)




                                      

Melaka River Cruise

Mentang-mentanglah berani 
memasing muka senyum lebar jekan hehe





Lastly itulah dia percutian group macam-macam
semua nak main fon jekan..nampak sangat memasing kaki stalker haha (tipu jer)
semua celik IT lah hehe



Special Dedicated for both of u:

H.a.n.i.f.i.a.h & N.a.d.i.a


Thanks for this vacation

Hope kita boleh spent together macam ni lagi untuk hilangkan stress
Walaupun just short vacation 
but atleast dapatlah jugak hilangkan stress & 
hilangkan kempunan nak makan ikan bakar 
tinkiu so much darling 


Thursday, March 20, 2014

Luahan Buat Mu IBU


Apabila matinya seorang anak adam itu 
maka terputuslah segala amalanya kecuali 3 perkara:
-sedekah jariah
-ilmu yang memberi manfaat 
-doa anak yang soleh 

~ 20.03.14 ~ 
Diam tak diam genap 2 tahun pemergian ibunda tercinta
Rindu semakin ku rasa
Moga rohmu tenang damai disana
Suatu hari nanti kami pasti menyusul selepas kamu wahai bonda
Kerana setiap yang hidup pasti akan merasa mati jua.

Al-Fatihah buat mama tercinta


Friday, March 14, 2014

Muhasabah diri

Pelbagai musibah yang menimpa
Jerebu
Panas & kekurangan sumber air
Denggi
Kehilangan MH370

Itu tanda Allah sedang menguji
Berbaliklah kita kepada fitrah
Mari pandang dimana silapnya

Setiap yang jadi ada hikmah yang menduga
Pasti membawa pengertian yang bermakna
Mungkin kelalaian dulu
Membawa kepada apa kita pada hari ini
Masih ada masa & ruang untuk
Sama-sama bermuhasabah diri
Ubahlah kita kini bukan siapa kita yang dulu

Mohonlah pada Maha Pencipta
Kerana walau kecanggihan dipuji dimata dunia
Tapi akhirnya dengan bantuan Allahla
Ada jalan penyelesaiannya

Ketika musibah Ucaplah
"Inna lillahi wainna illaihi Raji'un"
Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali

Sahabat

Hi kesayangan..
Rindu
Lama rasanya tak berbicara
Lama rasanya tak bersua
Hanya doa kiriman buat semua
Moga jarak ini
Bukan penamat bagi persahabatan
Mungkin kesibukan membuatkan kita jauh
Tapi percayalah ingatan always berserta doa
Special dedicated for my BFF:
k.khai moga menjadi mama yang terbaik buat anak solehah bbyna yang super duper cutee...
ninie moga diberi kesihatan yang baik
Tak sabar nk tgk bby u
Mesti cute macam bear haha
Makan control sikit hehe
Wana moga hapey always & berjaya dalam kerjaya baru
#hope kita bole gathering.nanti...as Big Family