Nafas berat terhela
Sesak...Sebak
Segala yang dilalui terasa sempit & semakin sukar
Ujian yang datang terasa berat dan menyeksa jiwa
Lupa untuk bersyukur
Lupa untuk sabar
Lupa untuk Doa
Lupa pada Dia "Tuhan"
dek kerana nafsu mengawal jiwa
dek kerana leka keindahan yang sementara
Bila sudah jatuh kini mulai sedar
tibalah masanya.....
sudah sampai waktunya....
baliklah kepada Maha Pencipta
kerana Dia penyembuh duka
tiada sesuatu pun yang mampu menolongmu
hanya Dia...
yang Maha Pengampun
kerana Dia lebih menyayangi tanpa pernah meninggalkanmu
"Tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah,
dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya
(untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar) dan ingatlah
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [64:11]