Assalamualaikum...
Apabila mendengar masalah kita hanya akan berkata bersabarlah, cuba membantu dengan sebaiknya dengan menjadi pendengar yang setia buat si yang bermasalah. Penulis percaya semua pasti berada didalam situasi ni. Tetapi amatlah berat bebenannya apabila datangnya masalah itu pada diri sendiri. Malah untuk pujuk diri sendiri juga bukan perkara yang mudah lagi.
Ketika itu, kita pula akan mendengar kata-kata nasihat dengan berkata bersabarlah, tabahlah, kuatlah tapi pastinya ia tetap takkan sama dengan yang melaluinya. Confirm yang memikul pasti lebih berat dari yang memerhati.
Lindungilah perasaan itu dengan senyuman..pasti ia adalah sia-sia kerana kepedihannya hanya kita yang tahu. Ketika itulah kita akan lebih selesa menyendiri dan berfikir lebih banyak. Disinilah tarbiah hati bermula....
Pelbagai soalan bermain difikiran
KENAPA AKU DIUJI??? KENAPA ALLAH MEMILIH AKU???
Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, adakah kita akan duduk dan fikir balik apa tujuan hidup ini? Mungkin tak, kerana kita tak rasa kebergantungan kita kepada Allah, kita lupa yang mengizinkan segalanya terjadi adalah kerana DIA. Segala nikmat pinjaman itu adalah dari yang Maha Esa.
Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah. Ketika inilah solat, doa, istighfar kita lakukan sepenuh hati dan seikhlasnya kerana tersedar dibumi yang nyata dan sedar dimana kita berada dan sungguh kerdil diri ini dimata MAHA PENCIPTA. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.
Ujian sebenarnya, teguran dari ALLAH untuk kita tidak lalai dengan keseronokan dan kenikmatan dunia yang diberi sebagai pinjaman seketika sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur kepadaNya. Lalu apabila ditarik segala nikmat, disitu kedudukan diri kita yang sebenar.
Usah bersedih sahabatku, bangkitlah dan tabahlah dengan Ujian Allah yang sekadar menyedarkan kita dari mimpi. Pasti ada kesilapan dan kezaliman atas diri sendiri yang telah kita lakukan.. Jangan salahkan takdir Allah dan jangan salahkan sesiapa...bertanya balik pada diri sendiri.
Adakah kita banyak lupa pada Illahi? Lupa tujuan asal kita dibumi Tuhan?? Leka dengan kenikmatan dan kecantikan dunia semata-mata??
ATAU
lebih mementingkan kesempurnaan dalam hidup dari belajar mensyukuri pemberian dariNya

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.
Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.
kuatlah, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)"
yang baik dari ALLAH
yang kurang dari diri penulis sendiri..
No comments:
Post a Comment