Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Thursday, April 22, 2010

apa kita nak??? mungkin bukan kepunyaan kita


Wahai manusia...Seusia ini haruslah digunakan untuk sesuatu yang berfaedah dan menuju kepada mencari Redha Ilahi. Nyatakanlah setiap apa sahaja
perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa
mudah-mudahan ianya dimakbulkan.
kerana Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar setiap satu permintaan hambaNya....amin

Perasan tak selalunya kita semua mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu & ini.Kononnya semua orang lain yang lebih baik dan lagi bagus dari kita tapi..... hakikatnya,
kita kena berfikir kerana biasanya apabila kita benar-benar
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga pasti datang bersama masalah yang teruji.

Sebagai contohlah, kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih jika keratanya mengalami kerosakan.Lepas tu mulalah rasa tak mampu

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh kehadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta setelah berhujan dan berpanas.

Dalam pelajaran, jangan sebab kadang-kadang kawan kita dapat markah yang jauh lebih baik membuat kita down & tension...smpai penah terdetik dihati "aku ni tak lah sepandai die...die tu cepat pickup...tak pela mak ayah die orang pandai2..orang kaya..adik beradik die belajar tinggi2..lagipun die rajin study aku nih da bace buku banyak kali pun lum tentu ingat...malaslah" kadang-kadang tu sama-sama sendiri pun nak berdengki "eh...asl markah aku lagi rendah dari die nih...ni mesti die kaki bodek lecturer" or kadang tu sampi sanggup curi-curi dengar or nk tengok jugak member kita dapat berapa & ada pula kadang2 ada jugak bila time exam kita dapat tips tuk peperiksaan tapi..kita susah nak berkongsi dengan kwn2 yang selama ni banyak tolong kita & xpenah berkira dengan kita, xbolehlah mcm tu sedekah itu kan amalan mulia lagi pun SHARING IS CARING..insyallah setiap benda2 baik yg kite buat pasti akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat-lipat ganda..

kite ni kena selalu berfikir positif dalam dunia nih manusia dilahirkan dengan kebolehan yang berbeza sume orang xsame gan apa yg kita ada, tapi...apa yang menjadi ianya satu kesamaan adalah dengan kerjasama(ape..yang penting kerjasama) *_*

Selain itu juga dalam dunia percintaan, bila anda bersiar-siar di shopping complex anda terpandang ada sepasang kekasih yang dilamun cinta kena plak kalau bf dia kacak sangat..or gf dia cantik sangat mesti korang semua berkata "ya allah alangkah indahnya dunia ni bila ada kekasih hensem & cantik" or ada jugak yang berkata "aku kalau dapat awek & balak macam ni sikit punye cun confirm gerenti tak cari lain da...wok..." tapi hakikatnya rupa itu belum menjanjikan kebahagiaan taw...
kekuatan untuk suatu hubungan adalah dari Agama nya...insyallah dengan agama yang diperolehi pasangan kita insyallah dia akan melengkapi semua kehendak yang anda idamkan
tanpa agama...hidup kita akan serba dalam keadaan tak tahu & tersesat.
mungkin kita akan kerap kali diuji dalam perhubungan & kadang-kadang tak semestinya apa yang kite nak kita akan dapat.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni
walaupun anda keseorangan
janganlah bersedih...anda bukan keseorangan kerana ALLAH sentiasa disisimu
insyallah dengan percayakan ketentuanNya...Ia pasti akan mengurniakan
seseorang yang diciptakan sebagai peneman kita untuk berbahagia
didunia & diakhirat
cinta kita until jannah

Insyallah usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa, tawakal padaNya & redha...insyallah ia dapat buat kita berasa tenang & bersemangat dalam hadapi cabaran dan menemui kebahagiaan yang diimpikan

Kita kena ingat bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Bukan semua yang ada depan mata kepunyaan kita.
kejayaan juga bukan datang bergolek ia pasti terjadi dengan usaha yang dapat membuahkan hasil dan rintangan yang teruji. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Insyaallah apa yang baik pasti akan dibalas baik
renung-renungkan... ^_^

*moga kebahagian milik kita semua didunia & diakhirat..amin

2 comments:

  1. gud luck my dear fwenz...i owez pray for u..wish me luck to dear

    ReplyDelete
  2. urm...thx alots my fwenz..to support n wish me luck.wish u to n insyallah we gonna b success

    ReplyDelete