Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Tuesday, June 7, 2011

coretan sebuah ketenangan

sebut pasal ketenangan pasti ramai yg tertanya-tanya
apakah tips terbaik untuk mendapatkan ketenangan ini
saya bukanlah pakar & terlalu pandai untuk berkata-kata
hanya sekadar pendapat untuk dikongsi
agar kita sama-sama tabah menghadapi
tapi saya percaya setiap manusia pasti diuji
dengan pelbagai rintangan & cabaran bukan???

sabarlah wahai sahabat semua
sesungguhnya anda semua sedang diuji
oleh ketentuan Allah s.w.t
kekuatan iman itu penting
redha dan hadapi dengan penuh kesabaran
insyallah ketenangan milik kita

jika kita mudah mengalah, mengeluh
maka kita sedang menjadi orang yg gagal
maka bangkitla sahabatku
kuatkan semangatmu
Allah sentiasa disamping kita

sebagai penguat hati::

saya ada terbaca mengenai
ketenangan ini secara lebih mendalam
diruangan mindatajdid
sama-samala kita kongsikan
mudah-mudahan kita sama-sama dapat manfaatnya

saya tersentuh & tertarik pada kata-kata beliau mengenai

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah
(meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal
‘Madarij al-Salikin’. Suatu kata-kata yang terbit dari ilmu
dan pengalaman kerohanian yang dalam. Kata beliau:


“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan
melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang
tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah,
padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan
kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya,
padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan
bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan
yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah,
larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga
bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung
melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah,
sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.


ps# hanya pada insan yang benar-benar mendampingi Allah
akan menikmatinya iaitu sebuah ketenangan
mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan insan yg sentiasa dirahmati allah
& mendapat ketenangan yg dirahmati Allah s.w.t..insyallah

No comments:

Post a Comment