Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Tuesday, October 11, 2011

berwuduk ada sebabnya


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku diakhirat kelak,
Janganlah kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.Ketika membasuh tangan kanan,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah berikanlah hisab-hisab ku ditangan kananku ini."

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisab di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah janganlah kau berikan hisab-hisabku ditangan kiriku ini".

Penjelasan 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya ditangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah lingdungilah daku dari terik matahari di padang masyar dengan Arasymu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".

Penjelasan nombor 6: Hari-hari mendengar orang mengumpat & memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah bawalah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat maksiat".

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam islam pasti mempunyai hikmah yang tersendiri...


sebagai renungan bersama...


sumber : Blog Tok Wan:

Friday, October 7, 2011

semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t





SURAH AL-INSYIRAH AYAT (1-8)

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Nabi Muhammad bersabda: Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.



doa memohon dipermudahkan dalam ucapan


"wahai Tuhanku, lapangkan dadaku, mudahkan bagiku segala tugasanku,
lepaskan kekeluan daripada lidahku supaya mereka memahami semua perkataanku" amin..



Ya Allah
lembutkan kehidupan ini bagi ami dalam memudahan setiap urusan yang sukar,
memudahkan setiap uyang sukar itu amat mudah disisimu.
Ya Allah
mudahkan bagi kami segala urusan
tenangkan hati kami dan tubuh kami
berikan keselamatan dan kesihatan pada agama kami didunia dan akhirat
amin



*semoga Allah mempemudahkan segala urusanku serta rakan-rakan seperjuanganku
semoga Allah melindungi dan mempermudahkan apa yang sedang kita usahakan
semoga mendapat keredhaanNya amin..