1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku diakhirat kelak,
Janganlah kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3.Ketika membasuh tangan kanan,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah berikanlah hisab-hisab ku ditangan kananku ini."
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisab di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah janganlah kau berikan hisab-hisabku ditangan kiriku ini".
Penjelasan 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya ditangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah lingdungilah daku dari terik matahari di padang masyar dengan Arasymu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".
Penjelasan nombor 6: Hari-hari mendengar orang mengumpat & memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah bawalah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat maksiat".
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam islam pasti mempunyai hikmah yang tersendiri...
sebagai renungan bersama...
sumber : Blog Tok Wan:
No comments:
Post a Comment