Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Monday, July 9, 2012


S.A.H.A.B.A.T



"Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat"

Sesungguhnya persahabatan itu lebih daripada bercinta
ia mewakili suatu kekuatan
Tanpa persahabatan, percintaan tiada kekuatan
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan anda yang terjalin

Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita sendiri yang menilai setiap apa yang kita lakukan

Dan Hadiah yang paling berharga dalam PERSAHABATAN 
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu PASTINYA pertemuan
Yang manis itu PASTINYA  kemesraan
Yang pahit itu PASTINYA perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan
pastinya KENANGAN TERINDAH dalam ingatan




im dedicated this entry for my beloved friend...they are NOOR AINI, KHAIRANI, WANA FAUZANA
hope our friendship never ends...& moga walau apa pun yg jadi we still together
TAK KAN GOYAH & TAK CEPAT MELATAH 
untuk melupakan susah senang kita bersama 
biar apa pun orang nak cakap 

memory in UTHM
always terpahat dihati ♥
hope our save the date become REALITY 
miss u all...

Monday, June 18, 2012

credit to my dear friend wana fauzana

Terpegun dengan entry my friend wana
thanks dear sb create entry ttg kami
i nak simpan entry ni utk kenangan dimasa akan datang
our frienship never ends 
♥ uols


credit to wana fauzana

Friendship



 semua nya berlaku membawa kenangan yg xkan lupa smpai bila2...yg sedih jd kekuatan,mematangkan dri..yg gembira jdkan kita kekuatan tuk trus melangkah walau hati xseindah senyuman!!!




apa yg berlaku pastinya kenangan yg akan kita bwk smpi bile2...apa yg kita lalui sepanjang disini adalh pegalaman yg xmgkin kita lupa...thanks for everthng my dear frends... semoga our frnship never ends disini..igt on dat day kita plan msti kena jumpa..wlu apa yg jd



‎1000 1 rsa dipahatkan dihati..bila kita nk wat sesi luahan perasaan yg terakhir...seribu maaf nk dipinta..seribu kata yg xsempat dikota..kata2 yg menyakit jiwa..dan apa2 yg bawa duka harap luah sesama kita..agar tidak menjadi bara dlm jiwa...


ckup suka,tawa mejadi pengubat segala duka..trima kasih yg slalu membuat kita ketawa..walau kdg hati xsempurna nk tumpang ketawa..tp kalian tetap setia mengundang tawa..


semoga ikatan yg dibina bermula dgn kata2 n senyuman semata...dek kerana malu nk memula....akhirnya dgn 1001 kemanis pengalaman n suka duka bersama...semoga iktan yg dibina tiada berpenghujung smpi bila2....syg korang sume



 dan apabila diri masing masing pergi membawa cerita masing masing. salah satunya adalah cerita kita. cerita kita bersama. saat kita bersama. dan pecayala. saat itu saat bersama inilah yang kita rindui



save the date
tarikh: 24/6/2017
hari: sabtu
jam: 8.00 pm
tempat: Dataran Penggaram

Friday, May 25, 2012

s.a.v.e.t.h.e.d.a.t.e



actually susahnya nak gambarkan dengan kata-kata
kami akan berpisah untuk melangkah ke 1 step lain selain dari dunia belajar
kami akan jalani latihan industri & seterusnya melangkah ke alam pekerjaan 
ternyata perasaan sedih yang dirasai saat ni
setelah 3 tahun hidup disamping kawan-kawan
yang banyak memberi kekuatan, suka duka dikongsi bersama kini
kami harus melangkah pergi dari universiti
untuk memulakan kehidupan masing-masing
semoga persahabatan kami 
tiada berpenghujung
moga terpisahnya kami disini 
bukan langkah terakhir untuk persahabatan ni
tapi langkah kekuatan untuk bertemu semula pada masa akan datang 
(dengan izin Yang Maha Esa)
S.A.V.E. T.H.E.D.A.T.E dalam ingatan 24.06.2017 pasti akan dihitung
berdoa semoga Allah panjangkan usia kami moga dipertemukan kembali amin....

Tuesday, May 15, 2012

Forgive Me


Saya tewas di dalam pertempuran dan melintasi garisan
Saya kira-kira untuk membuat kesilapan lain
Dan walaupun saya cuba untuk menjauhkan diri
Segala-galanya di sekeliling saya terus mengheret saya
Saya tidak boleh membantu dalam fikiran saya,
Bagaimana jika masa saya akan berakhir hari ini, hari ini, hari ini?
Saya boleh menjamin bahawa saya akan mendapat peluang sekali lagi
Sebelum ia terlambat, terlambatterlambat

Chorus:
Memaafkan saya ... hati saya begitu penuh penyesalan
Memaafkan saya ... Sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya untuk bertaubat,bertaubatbertaubat ..

Adakah saya keluar dari fikiran saya?
Apa yang saya lakukanOh, saya berasa begitu buruk!
Dan setiap kali saya cuba untuk memulakan sekali lagi
Malu saya datang kembali menghantui saya
Saya cuba bersungguh-sungguh untuk berjalan kaki
Tetapi godaan sekeliling sayasekeliling saya
Saya harap saya dapat mencari kekuatan untuk mengubah hidup saya
Sebelum ia terlambat, terlambatterlambat

Chorus

Saya tahu Ya Allah Kau Maha Pengampun
Dan bahawa Anda telah berjanji untuk
Sentiasa berada di sana apabila saya menyeru
Jadi sekarang saya berdiri di sini
Malu dengan segala kesilapan yang saya komited
Sila tidak berpaling daripada saya
Dan mendengar doa saya apabila saya bertanya kepadaMu




Friday, April 6, 2012

Sebagai ingatan bersama



Berkongsi ilmu dan sebagai peringatan bersama juga
supaya kita hambaNya yang serba kekurangan
malah cetek berfikir dalam mengambil sesuatu tindakan

tertarik pada satu artikel Pecinta Allah ni
semoga sama-sama lah kita melihat kelemahan diri
dan berbalik pada janji yang telah kita janjikan
dengan Yang Maha Esa suatu ketika dulu (ketika dalam rahim lagi)
supaya sentiasa mentaati perintah Allah


6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


sesungguhnya didunia ini adalah pinjaman semata-mata
dunia adalah satu tempat dimana manusia sentiasa diuji
segala ujian yang diberi sebagai tanda untuk manusia mentaati perintah Allah
lulusnya ujian yang dilalui samalah dengan lulusnya ketaatan kita kepada Maha Pencipta
fikir-fikirkan lah di tahap mana kita??? adakah kita sudah bersedia menemui Allah
(sebagai ingatan dan soalan yang sama pada diri)

berdoalah agar iman kita akan sentiasa tetap dan semakin bertambah tanpa ada yang kurang
amin...


رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا بَعْدَ Ø¥ِØ°ْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َÙ†ْتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

Monday, April 2, 2012

Dunia Pinjaman Semata-mata



Sambungan daripada rasa syukur yang dipanjatkan setingginya ke Hadrat Ilahi bersyukur kerana semua keluarga selamat serta dalam keadaan yang baik-baik sahaja selepas ditimpa banjir teruk setinggi paras leher & memusnah harta benda..sesungguhnya harta benda dunia itu adalah pinjaman semata-mata dan Allah telah mengambilnya dalam sekelip mata..

Dalam sibuk mengemas rumah yang masih banyak perlu dibersihkan, mama mengadu sakit belakang. Tidur kami yang tak lena kerana risau akan keadaan mama yang seakan mengerang kesakitan di tengah malam.

Mama dibawa ke hospital Besar Kuala Lumpur kata doktor disebabkan otot bengkak. Malah setelah berapa hari balik ke rumah masih mengadu sakit, kami bawa juga ke klinik lain. Hampir 5kali mama dibawa ke klinik dan hospital Besar Kuala Lumpur tahap sakitnya tetap sama dengan kata doktor otot bengkak.

Dalam masa 5 hari mama semakin nampak pucat, lalu bergegas ke hospital Besar Kuala Lumpur semula di emergency ward. Perasaan hampa kerana pesakit terlalu ramai dan terpaksa menunggu dengan lebih lama walaupun di wad kecemasan tapi keadaannya seakan seperti di klinik kerana sesak orang ramai. Tiba di hospital dalam waktu 8pm hingga pukul 10pm tp masih menunggu.

Disebabkan mama mengadu sesak nafas abang bergegas masuk ke bilik doktor tanpa menghiraukan no giliran lagi. Aku terpaksa menunggu diluar, tak sampai 2minit abah memanggil dan hati aku tiba-tiba berdegup kencang kerana ku lihat ibuku sedang nazak.

Ya Allah masa itu perasaan seolah-olah tak percaya..mama yang sementar tadi nampak ok diruang menunggu tapi menjadi nazak didalam emergency ward. Aku berkeras dengan doktor supaya jangan melengahkan rawatan mama. Lalu mama dibawa ke bilik khas, disitu ku lihat mama dimasukkan tiub untuk bantuan pernafasan, diberi ubat untuk menstabilkan jantung, dan doktor membuat CPR.

Lantas aku mengambil kesempatan untuk mengadap pada Yang Maha Esa bersolat dan berdoa agar memulihkan ibuku. Jauh diruang hatiku aku akan kehilangan ibu tersayang. Mulut sentiasa berzikir dan mengaji sambil berdebar menunggu..berat hatiku untuk lalui saat itu. Pada waktu itu hanya Allah yang tahu

Setelah 20minit kami dipanggil ke dalam lalu ku lihat jasad ibuku yang semakin lemah melihat dunia kata doktor ibu kritikal...saat ini aku hanya mampu mengajarkan mama mengucap mengingati Allah....Lailahailaallah....
Sebak tak tertahan, kaki seakan tidak berpijak diatas bumi yang nyata

Jam menunjukkan 12:01am dengan redha ketentuan ilahi maka perginya seorang ibu yang ku sayang mengadap Yang Maha Esa. Jasad yang dulunya memegangku, memelukku, mengucupku dan memberikan aku semangat kini hanya diam membisu tanpa sebarang kata.

Kini tiba masaku untuk tidak lupa mengirimkan amal soleh buat mama untuk bekalannya disana. Kini aku sendirian memegang, memeluk, mengucup jasad ibu tercinta.

Tidakku sangka begitu hebat dugaan yang menimpa, dunia hanya pinjaman semata-mata dan hanya tempat persinggahan. Kita sebagai manusia ciptaanNya janganlah terlalu leka dan alpa mengejar dunia lihatlah kembali kepada Maha Pencipta. Setelah kehilangan harta benda kini kehilangan ibu yang tercinta. Bagaimana dan dimana harus ku cari kekuatan??? untuk meneruskan kehidupan yang berbaki ni. Selain...Aku harus kuat untuk teruskan kehidupan sebagai seorang student yang harus memikul projek akhir...Hidup terasa K.O.S.O.N.G
Kini aku sendiri tanpa srikandi keluarga kami.
Hanya abah yang tinggal sebagai tempat memberi kasih.
Moga Allah memberi aku & keluarga kekuatan untuk meneruskan kehidupan dimasa akan datang.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap satu yang berlaku dan dalam setiap ujianNya pasti ada hikmahNya.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

** Semoga Roh mama ditempatkan dikalangan para solihin dan menunggu kami sekeluarga di syurga Firdaus Amin- Al-Fatihah

** Sama-samalah kita renungkan dan mengambil iktibar sesungguhnya setiap yang hidup
pasti merasa mati. Dan ujian Allah itu tercipta adalah untuk menguatkan lagi ketaatan
kita sebagai hambaNya untuk sentiasa ingat dan tunduk pada Kekuasaan ALLAH S.W.T. Sesungguhnya Allah are always in your side

Thursday, March 8, 2012

d.u.g.a.a.n ~ 400 Penduduk Ampang Dipindah Akibat Banjir


KUALA LUMPUR – Hampir 400 penduduk dari dua kampung di Ampang dipindahkan malam ini apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.

Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang tadi turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.

Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.

“Banjir besar itu adalah akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh. Kebanyakan mangsa tinggal sehelai sepinggang,” kata Ketua Wanita Umno bahagian Ampang Dr Rozaidah Talib ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA



d.u.g.a.a.n

** kesedihan dirasai kerana keluarga tersayang juga menjadi mangsa banjir walaupun dugaan melanda syukur pada Yang Esa kerana menyelamatkan keluargaku.

** Sesungguhnya detik-detik cemas itulah kenangan n pengajaran yang berharga

** Ada insan yang memahami & ada pula yang sebaliknya. Apa pun yang orang lain fikirkan sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segala-galanya.

** Moga ALLAH memberiku kekuatan untuk bersama memberi semangat pada keluarga mengenai kehilangan harta benda & musibah yang menimpa

** Sesungguhnya setiap musibah yang menduga pasti memberikan hikmah yang berganda.
Setinggi-tinggi syukur pada Allah kerana menyelamatkan keluargaku...

**Sama-samala kita melihat pada hikmah sebalik musibah..Alhamdulillah


Sunday, February 26, 2012

m.e.l.a.k.a



alhamdulillah akhirnya wishlist kami ke m.e.l.a.k.a terlaksana juga
Thank u ALLAH

bermulanya langkah kami mengenali bumi ciptaanNya
-
-
-
-
-

::destinasi pertama::
isi perut dulu =) singgah pekena coconut shake special + nasi lemak
kononya nak lapik perut je....tapi biasala kan bab makan ni jangan ditolak
fuhh..memang kenyang

jom tengok sikit muka yang lapik perut sampai kenyang tu..

me and cik kheira

cik wana

cik ayus

cik ninie


NEXT

::destinasi kedua::
muzium samudera
bayaran RM5 siap ada beg plasik lagi
untuk simpan kasut anda yang mahal2 tu
bagusla bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan"




memang ceria muka memasingkan...
al-maklumla orang dapat jalan


ok...pose model skit

pose malaysia next top model hehe...

::destinasi ketiga::
menara taming sari
bayaran RM1o bagi mereka2 yang ada mykad
yang tak ada mykad bayaran RM20..boleh tahanla




ok we all semua posing dah macam naik menara taming sari private kan....
sebabnya kami je yang meriuhkan suasana kat dalam tu



::destinasi ketiga::
Kota A'Famosa
bayaran FREE...
tapi memerlukan daya ketahanan lutut yang kuat
sebab tinggi yea nak naik atas tu
memang lenguh lutut dibuatnya
tetiba rasa tercabar dengan tourist oversea yang dah berumur & berambut putih
rilex je naik kan
so kami pun gagahkan kaki masing2 naik jugak atas tu...
ha..ha...semputtt.....(ala...ala semanis kurma gitu)





::destinasi keempat::
pekena cendol depan menara jam bangunan merah
memang best..
harga pun berpatutan
tuan kedai pun mesra pelanggan bagus2 1Malaysia


::destinasi kelima::
menara jam bangunan merah



posing itu haruss....
-
-
-
-




wah...ini twin ka apa???
tetiba teringat....ayat sorang tourist tu "can u....tell story abt bangunan merah...i....i...from penang...." hehe
ayat ni dituju khas utk cik ninie hehe


::destinasi keenam::
river cruise
bayaran RM10
pusing dekat sungai Melaka selama 40minit
best jgk tengok kawasan melaka n sejarahnya sambil bersantai dalam cruise


ok..berposing ditengah2 sunset.....smbil tunggu cruise



::destinasi ketujuh::
Jonker Walk
hapeynya kami sume sebab dapat posing dengan Jonker street je...
almklumla weekend je ada Walk nya hari biasa street je yang tinggal =)
so street...pun street la..janji dapat posing



::destinasi terakhir::
before balik biasala mesti kena isi perut
pekena ikan bakar..cicah air asam + ikan siakap 3rasa + sayur campur
memang sedap...
memang kenyang...
Alhamdulillah rezeki2....
dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah


jom tengok muka2 gumbira dapat makan besar
-
-
-
-
-



muka2 kekenyangan...
masing2 nak senyum pon dah tak larat dah hehe



perjalanan yang sangat best
hopefully dapatla tunaikan wishlist yang lain2 nanti...amin
tada....