Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Monday, April 2, 2012

Dunia Pinjaman Semata-mata



Sambungan daripada rasa syukur yang dipanjatkan setingginya ke Hadrat Ilahi bersyukur kerana semua keluarga selamat serta dalam keadaan yang baik-baik sahaja selepas ditimpa banjir teruk setinggi paras leher & memusnah harta benda..sesungguhnya harta benda dunia itu adalah pinjaman semata-mata dan Allah telah mengambilnya dalam sekelip mata..

Dalam sibuk mengemas rumah yang masih banyak perlu dibersihkan, mama mengadu sakit belakang. Tidur kami yang tak lena kerana risau akan keadaan mama yang seakan mengerang kesakitan di tengah malam.

Mama dibawa ke hospital Besar Kuala Lumpur kata doktor disebabkan otot bengkak. Malah setelah berapa hari balik ke rumah masih mengadu sakit, kami bawa juga ke klinik lain. Hampir 5kali mama dibawa ke klinik dan hospital Besar Kuala Lumpur tahap sakitnya tetap sama dengan kata doktor otot bengkak.

Dalam masa 5 hari mama semakin nampak pucat, lalu bergegas ke hospital Besar Kuala Lumpur semula di emergency ward. Perasaan hampa kerana pesakit terlalu ramai dan terpaksa menunggu dengan lebih lama walaupun di wad kecemasan tapi keadaannya seakan seperti di klinik kerana sesak orang ramai. Tiba di hospital dalam waktu 8pm hingga pukul 10pm tp masih menunggu.

Disebabkan mama mengadu sesak nafas abang bergegas masuk ke bilik doktor tanpa menghiraukan no giliran lagi. Aku terpaksa menunggu diluar, tak sampai 2minit abah memanggil dan hati aku tiba-tiba berdegup kencang kerana ku lihat ibuku sedang nazak.

Ya Allah masa itu perasaan seolah-olah tak percaya..mama yang sementar tadi nampak ok diruang menunggu tapi menjadi nazak didalam emergency ward. Aku berkeras dengan doktor supaya jangan melengahkan rawatan mama. Lalu mama dibawa ke bilik khas, disitu ku lihat mama dimasukkan tiub untuk bantuan pernafasan, diberi ubat untuk menstabilkan jantung, dan doktor membuat CPR.

Lantas aku mengambil kesempatan untuk mengadap pada Yang Maha Esa bersolat dan berdoa agar memulihkan ibuku. Jauh diruang hatiku aku akan kehilangan ibu tersayang. Mulut sentiasa berzikir dan mengaji sambil berdebar menunggu..berat hatiku untuk lalui saat itu. Pada waktu itu hanya Allah yang tahu

Setelah 20minit kami dipanggil ke dalam lalu ku lihat jasad ibuku yang semakin lemah melihat dunia kata doktor ibu kritikal...saat ini aku hanya mampu mengajarkan mama mengucap mengingati Allah....Lailahailaallah....
Sebak tak tertahan, kaki seakan tidak berpijak diatas bumi yang nyata

Jam menunjukkan 12:01am dengan redha ketentuan ilahi maka perginya seorang ibu yang ku sayang mengadap Yang Maha Esa. Jasad yang dulunya memegangku, memelukku, mengucupku dan memberikan aku semangat kini hanya diam membisu tanpa sebarang kata.

Kini tiba masaku untuk tidak lupa mengirimkan amal soleh buat mama untuk bekalannya disana. Kini aku sendirian memegang, memeluk, mengucup jasad ibu tercinta.

Tidakku sangka begitu hebat dugaan yang menimpa, dunia hanya pinjaman semata-mata dan hanya tempat persinggahan. Kita sebagai manusia ciptaanNya janganlah terlalu leka dan alpa mengejar dunia lihatlah kembali kepada Maha Pencipta. Setelah kehilangan harta benda kini kehilangan ibu yang tercinta. Bagaimana dan dimana harus ku cari kekuatan??? untuk meneruskan kehidupan yang berbaki ni. Selain...Aku harus kuat untuk teruskan kehidupan sebagai seorang student yang harus memikul projek akhir...Hidup terasa K.O.S.O.N.G
Kini aku sendiri tanpa srikandi keluarga kami.
Hanya abah yang tinggal sebagai tempat memberi kasih.
Moga Allah memberi aku & keluarga kekuatan untuk meneruskan kehidupan dimasa akan datang.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap satu yang berlaku dan dalam setiap ujianNya pasti ada hikmahNya.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

** Semoga Roh mama ditempatkan dikalangan para solihin dan menunggu kami sekeluarga di syurga Firdaus Amin- Al-Fatihah

** Sama-samalah kita renungkan dan mengambil iktibar sesungguhnya setiap yang hidup
pasti merasa mati. Dan ujian Allah itu tercipta adalah untuk menguatkan lagi ketaatan
kita sebagai hambaNya untuk sentiasa ingat dan tunduk pada Kekuasaan ALLAH S.W.T. Sesungguhnya Allah are always in your side

4 comments:

  1. Al fatihah..
    Semoga arwah tenang di Sana..
    Be strong amy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...
      Timeksih ayus utk setiap doa kamu dan lain2..
      Timeksih sbb sygkan ma aku macam mak korang sendiri
      Moga Allah membalasnya...

      Delete
  2. Al-fatihah untuk arwah..
    emy kena kuat taw..dan mesti kuat...ingat!dia bagi kita ujian sebab dia sayang kita.dia nak uji kita kuat atau tak.. Insyaallah ada sesuatu yang menanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. timeksih wana atas sokongan & dorongan
      thanks jgk utk doa kamu2 sume
      insyallah semoga apa yg jd ni akan memberi hikmah yg begitu bermakna
      tke care of ur self jgk k =)

      Delete