Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Wednesday, March 20, 2013

ingatan semalam




hari ini 20 Mac 2013 genap setahun pemergiaan mama tersayang kembali ke Rahmatullah
pemergiaan yang sentiasa diingati 
rasanya seperti semalam berlalu pergi 
semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan solihin
moga di Jannah tempat ia menanti

Ya Allah sampaikanlah segala amalan pahala bacaanku
kepada arwah mamaku
ampunilah segala dosa, kasihi dan sejahterakanlah dia
muliakanlah kedatangannya
lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu Wahai zat yang Maha Pengasih ameen

tahun lalu banyak kenangan suka duka dan musibah yang menjadi pengajaran dan kenangan 
kini aku perlu kuat mengatur langkah meneruskan jalan
setiap yang menjadi kepunyaan 
kini dah pun meninggalkan aku keseorangan
kerana "Seluruh yang ada di bumi ini fana(tidak kekal) Ar-Rahman : Ayat 26"
hanya Maha Pencipta yang mengetahui segala kepahitan
Alhamdulillah....menjadi sebutan 
biarpun aku perlu kuat secara bersendirian
tak perlu belas kasihan
moga aku di dalam kalangan hambaMu yang bersyukur dengan ujian
dan belajar menerima qada' dan qadar tuhan

bercakap mengingati kenangan pasti akan menjadi kesedihan
pasti orang membenci dan jemu dengan coretan 
seakan-akan aku insan lemah yang penuh kepura-puraan
bangkitku perlu demi meneruskan amanah dan tanggungjawab tuhan 

terimakasih Allah

moga rahmatMu mengiringi arwah mamaku Al-Fatihah


#kiriman doa & Al-Fatihah juga buat insan-insan hebat Pn Zaidah Omar, 
kaum keluarga, sahabat dan semua kaum muslimin & muslimat
 moga di Jannah tempat kita bertemu ameen

Thursday, March 7, 2013

sang kerinduan



Wahai sang kerinduan.....

Apa yang jauh pernah cuba untuk didekatkan
Biar ditolak berjuta kali, ditentang dan dimaki namun usaha yang dilihat melembutkan hati 
seluruh jiwa merasai keikhlasan disanubari
Apa yang dekat kini telah dijauhkan
Hanya sekelumit kenangan menjadi bayangan 
menjadi peneman sebelum melabuhkan mata menghembus kepenatan seharian
Segala kebaikan masih ikhlas terasa biarpun sukar menerima kebenaran
manusia boleh berkata mengikut suka tetapi memahami itu tidak bisa
Alhamdulillah ucapan berkata...alah bisa tegal biasa...

wahai sang kerinduan...

Kepercayaan yang dibina bukan mengikut paksaan
Perasaan wujud dari keikhlasan sekecil zarah sehingga sebesar harapan
Dari pandangan yang melihat...Dari kaca mata yang menghakis titisan yg berderai
Sebujur tubuh dihadapan terasa hati tersentuh jiwa melihat sang kerinduan yang turut serta sebarisan
Bertambah kuat hati memilih itu adalah pilihan yang tepat 
dan pastinya ini adalah petunjuk yang memberi ruang yang jelas
Keimanan yang terpancar membisikan itu adalah khalifah dan kini sudah tiba masanya menjadi yg halal
kau kekuatan dikala kesusahan kau pengukir senyuman dikala kegembiraan
kau penawar dikala kesakitan

wahai sang kerinduan...

Benar rambut sama hitam tapi hati lain lain
Kini keikhlasan bukan lagi keutamaan
biarpun 1000 tahun yang lalu penuh kejujuran tapi kini hilang dalam jangkaan
susah senang dahulu dipadam dengan pandangan 
yang kau lihat pada penolongmu beberapa detik yang baru
segala kecantikan dan berada dekat dihujung mata bersama segala teknologi dihujung jari pastinya duniawi telah dapat mengubah arah jalan yang dipertahankan sekian lama 
dari satu kini terbelah kepada cabang di lema di dalam persimpangan
Sehingga manusia jujur terlupa dan lemah dengan sandiwara yang sarat dimainkan didepan mata
Tanpa dosa..tanpa salah yang diajukan ia dicampak seperti permainan
Kejamnya permainan dunia

Kerana kebaikan dulu...ku memejamkan mata
kuatkan hati beranggapan baik belaka
kau pastinya berbeza dan tiada cacat cela
Tetapi ternyata silap apabila dipalingkan dengan penipuan 
mempergunakan itu selamanya akan tetap menjadi senjata kepada sandiwara
Kerana sekali belajar membohongi ia akan selamanya terus membohongi untuk kepuasan diri
Jangan terpedaya lagi...

Kenapa manusia hatimu kering
Kenapa manusia hatimu berpaling
Tanpa salah dan silap yang dipersoalkan
apa pun pertanyaan...Keputusan sebelah tangan telah dibuat
Kehendak harus dituruti....
kepuasan haruslah diberi...
demi kasih kepadamu Maha Pencipta aku ikutkan
mungkin bukan dengan memiliki..cukuplah sekadar merasai
moga menepati apa yang kau hajati

ruang dan Jalan telah dibuka..kaki mula melangkah sendiri
Mengikut kehendak yang dituruti
Maka lepaslah lelah memedam perkara yang bersarang dihati
Lepaslah sudah sang permainan dunia yg kononnya memikul salah sekian lama
Pasti kamu akan terkenang dihari tua
Kerana ini juga kisah yang pahit dalam hidupan selagi hayat dikandung badan

Teruskan pilihan moga tiada wujudku, tiada bayanganku, tiada namaku di hatimu
membuatkan kamu mudah berbicara lalu berkasih kasihan
Cukuplah dilihat muslihat dan pembohongan 
Kukuhkan langkah berlalu pergi
kerana harus sedar diri bila tidak dikehendaki lagi
Tanamkan bahawa aku telah dibunuh sebelum mati
Pergi dan tidak berdiri ditengah jalan yang bukan destinasiku
pastinya aku akan dikeji

Toleh ke hadapan dan mohon kekuatan
dengan keluhan kudrat dan sedaya roh dan jasad
Percayalah satu hari nanti kamu akan bangun 
dan terus berjalan tanpa jatuh setelah tersungkur di masa lampaumu
Jadikan pedoman jadikan teladan
Bahawa manusia mudah disakiti tetapi payah untuk diubati
Sekali dilukai akan selamanya diingati hingga jiwanya mati

Kini tinggallah sang kerinduan 
Kenangan yang dikenang sendirian tidak bertepuk lagi
Igauan yg bermain main difikiran
air mata mengukir wajahmu disaat kerinduan...hanya ALLAH yang tahu
Bukan mudah untuk menjadi manusia normal
Reset jiwa dan minda
kembali ingatan pada tujuan sebenar berada dibumi Tuhan
ada amanah dan tanggungjawab harus diteruskan
Setelah dijadikan dirinya permainan disaat diperlukan
Biarpun hati kepiluan sendirian sepi menelan kepahitan 
Jangan di tanya dan mempersoalkan
yang pasti cukuplah Allah mengetahui segala yang tersirat
pastinya ada hikmah disebalik setiap kejadian
bersyukurlah 
Hanya doa ku kirimkan buat mu si permainan dunia




#berbicara#dan#berbalik#pada#yang#satu#oh#TUHAN

Friday, March 1, 2013

Ya Rabb..

~ ustazah nur hafizah musa ♥