hari ini 20 Mac 2013 genap setahun pemergiaan mama tersayang kembali ke Rahmatullah
pemergiaan yang sentiasa diingati
rasanya seperti semalam berlalu pergi
semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan solihin
moga di Jannah tempat ia menanti
Ya Allah sampaikanlah segala amalan pahala bacaanku
kepada arwah mamaku
ampunilah segala dosa, kasihi dan sejahterakanlah dia
muliakanlah kedatangannya
lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu Wahai zat yang Maha Pengasih ameen
tahun lalu banyak kenangan suka duka dan musibah yang menjadi pengajaran dan kenangan
kini aku perlu kuat mengatur langkah meneruskan jalan
setiap yang menjadi kepunyaan
kini dah pun meninggalkan aku keseorangan
kerana "Seluruh yang ada di bumi ini fana(tidak kekal) Ar-Rahman : Ayat 26"
hanya Maha Pencipta yang mengetahui segala kepahitan
Alhamdulillah....menjadi sebutan
biarpun aku perlu kuat secara bersendirian
tak perlu belas kasihan
moga aku di dalam kalangan hambaMu yang bersyukur dengan ujian
dan belajar menerima qada' dan qadar tuhan
bercakap mengingati kenangan pasti akan menjadi kesedihan
pasti orang membenci dan jemu dengan coretan
seakan-akan aku insan lemah yang penuh kepura-puraan
bangkitku perlu demi meneruskan amanah dan tanggungjawab tuhan
terimakasih Allah
moga rahmatMu mengiringi arwah mamaku Al-Fatihah
#kiriman doa & Al-Fatihah juga buat insan-insan hebat Pn Zaidah Omar,
kaum keluarga, sahabat dan semua kaum muslimin & muslimat
moga di Jannah tempat kita bertemu ameen
No comments:
Post a Comment