Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Friday, November 7, 2014

Hope to be this....one day InsyaAllah

So touched!!!  hope to be this...
Have my own kecintaan
My own khalifah that will guide me until JANNAH
My own kebahagian
My SOULMATE
My ARJUNA
Cinta hingga syurga...
1 day InsyaAllah & i make DOA for UOLS outside there TOO

#Belajar untuk terima pasangan anda seadanya
Kerana itula tujuan Allah menciptakan manusia hidup berpasangan untuk saling melengkapi kerana lumrah manusia diciptakan serba kurang & tidak sempurna.

Jangan hanya memandang rupa tapi lihatlah pada keikhlasan & kesungguhannya dalam mencintaimu

InsyaAllah 1 day

Wednesday, October 8, 2014

Turn To ALLAH #2




pernahkah kita terpikir disaat datangnya ajal
kita masih didalam kelalaian, dalam kelekaan, dosa & maksiat
mahukah kita dijemput pulang kepada Maha Pencipta tanpa sempat bertaubat??

dek kerana sibuk memilih dunia
kita menjadi lalai dan alpa
wahai para sahabat
bertaubatlah sementara punya kesempatan

setiap kejadian & kesulitan yang menimpa pasti datangnya
dari kezaliman yang disebabkan oleh diri kita sendiri.

Tanpa kita sedari/pernah ke kita terfikir.....
punya rumah besar tapi hati tidak tenang..
punya kereta mewah, kerja senang, bos sayang tapi hati tidak tenang..
punya perniagaan berjaya, projek tender berjuta habis sekelip mata..
punya kawan ramai bergelak ketawa..tiba dirumah jiwa kesunyian..
hati merasa seperti ada yang tak kena..

apakah petanda???

ingatlah hati juga perlukan santapan...

santapan itu adalah penenang jiwa
kembalilah kepada Maha Pencipta

#dirikanlah solat, awalkan solat, perbaiki solat & bacaan

#bacalah & hayatilah keindahan Al-quran (sibuk macamana sekalipun cubalah baca alquran walaupun sehari sekali)

#dirikan solat sunat Taubat, Tahajjud, dhuha & witir

#memohon maaf sesama manusia andai ada salah & silap

#jagalah hubungan sesama manusia..jangan ada benci membenci
#bercakap & bersangkalah yang baik-baik

#jika rindu, marah, benci pada seseorang sedekahkanlah AL-Fatihah & 

doakanlah sesama manusia InshaALLAH Allah akan lembutkan hatinya untuk bertaubat dan menginsafi kesalahan diri

setiap kejahatan maka balaslah dengan kebaikan
percayalah didalam setiap kejahatan...pasti akan ada kebaikan yang dapat menandinginnya.    

InshaALLAH penulis hanya berkongsi pandangan & nasihat
untuk dapatkan iman yang baik serta keredhaan Allah
maka mulalah dengan kebaikan dari diri kita sendiri
kemudian berdakwahlah agar sama-sama beroleh kebaikan didunia & akhirat



#sebagai renungan bersama

yang baik dari ALLAH
yang kurang dari diri penulis sendiri..

Friday, September 12, 2014

Trust on ALLAH

 

Assalamualaikum...

Apabila mendengar masalah kita hanya akan berkata bersabarlah, cuba membantu dengan sebaiknya dengan menjadi pendengar yang setia buat si yang bermasalah. Penulis percaya semua pasti berada didalam situasi ni. Tetapi amatlah berat bebenannya apabila datangnya masalah itu pada diri sendiri. Malah untuk pujuk diri sendiri juga bukan perkara yang mudah lagi. 

Ketika itu, kita pula akan mendengar kata-kata nasihat dengan berkata bersabarlah, tabahlah, kuatlah tapi pastinya ia tetap takkan sama dengan yang melaluinya. Confirm yang memikul pasti lebih berat dari yang memerhati.  

Lindungilah perasaan itu dengan senyuman..pasti ia adalah sia-sia kerana kepedihannya hanya kita yang tahu. Ketika itulah kita akan lebih selesa menyendiri dan berfikir lebih banyak. Disinilah tarbiah hati bermula....


Pelbagai soalan bermain difikiran

KENAPA AKU DIUJI??? KENAPA ALLAH MEMILIH AKU???

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, adakah kita akan duduk dan fikir balik apa tujuan hidup ini? Mungkin tak, kerana kita tak rasa kebergantungan kita kepada Allah, kita lupa yang mengizinkan segalanya terjadi adalah kerana DIA. Segala nikmat pinjaman itu adalah dari yang Maha Esa. 

Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah. Ketika inilah solat, doa, istighfar kita lakukan sepenuh hati dan seikhlasnya kerana tersedar dibumi yang nyata dan sedar dimana kita berada dan sungguh kerdil diri ini dimata MAHA PENCIPTA. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.

Ujian sebenarnya, teguran dari ALLAH untuk kita tidak lalai dengan keseronokan dan kenikmatan dunia yang diberi sebagai pinjaman seketika sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur kepadaNya. Lalu apabila ditarik segala nikmat, disitu kedudukan diri kita yang sebenar. 

Usah bersedih sahabatku, bangkitlah dan tabahlah dengan Ujian Allah yang sekadar menyedarkan kita dari mimpi. Pasti ada kesilapan dan kezaliman atas diri sendiri yang telah kita lakukan.. Jangan salahkan takdir Allah dan jangan salahkan sesiapa...bertanya balik pada diri sendiri. 

Adakah kita banyak lupa pada Illahi? Lupa tujuan asal kita dibumi Tuhan?? Leka dengan kenikmatan dan kecantikan dunia semata-mata?? 

ATAU

lebih mementingkan kesempurnaan dalam hidup dari belajar mensyukuri pemberian dariNya
Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan.

kuatlah, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..
“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)"
#sebagai renungan bersama

yang baik dari ALLAH
yang kurang dari diri penulis sendiri.. 

Sunday, June 15, 2014

Turn to Allah

Ada waktu
Nafas berat terhela
Sesak...Sebak
Segala yang dilalui terasa sempit & semakin sukar
Ujian yang datang terasa berat dan menyeksa jiwa

Lupa untuk bersyukur
Lupa untuk sabar
Lupa untuk Doa
Lupa pada Dia "Tuhan"
dek kerana nafsu mengawal jiwa
dek kerana leka keindahan yang sementara

Bila sudah jatuh kini mulai sedar
tibalah masanya.....
sudah sampai waktunya....
baliklah kepada Maha Pencipta
kerana Dia penyembuh duka
tiada sesuatu pun yang mampu menolongmu
hanya Dia...
yang Maha Pengampun 
kerana Dia lebih menyayangi tanpa pernah meninggalkanmu

"Tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah,
dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya
(untuk menerima apa yang berlaku dengan tenang dan sabar) dan ingatlah
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [64:11] 


Tuesday, March 25, 2014

Jawapan pada beribu soalan

 
Penantian yang ditunggu kini sampai ke penghujungnya...
 
 
 
Berhari-hari mencari mu
Semua manusia tak pernah jemu
Perkhabaranmu sentiasa ditungu-tunggu
Berdoa & mengharapkan kepulangan mu
 
Andai ini jawapannya
Terdiam kami satu dunia
Andai ini suratannya
Kami turut berduka
Andai ini ketentuanNya
Kami turut mendoakanNya
 
Lautan bergelora diredahi bersama
Tiada gentar mengambarkan semangat jiwa
Demi sesama manusia kita harus turut berusaha
Walaupun tidak kesana tapi tetap berdoa pada Maha Pencipta  
 
 
Andai lautan itu menjadi pusaramu
Kami redha
Andai disitu pengakhiranmu
Kami pasrah
 
Hanya doa sebagai hadiah
Moga keluarga tabah
Walaupun dirimu kian rebah
Qada & qadar telah tertulis oleh Allah
 
Dan kami entah bila agaknya??
Bagaimana pula nasib kami..dijemput pulang mengadap Maha Pencipta
Semua kepunyaan dan kita hanya penumpang sementara
Muhasabah diri sementara ada kesempatan masa
Hanya doa ku kirim sebagai wakil suram dihati mampu direda
Moga tenang roh kamu disana
 
Al-Fatihah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, March 22, 2014

Buatmu ayah n bonda

Sebelum melelapkan mata
Jom sama-sama mendoakan kesejahteraan buat  ayah & bonda.
Moga inilah usaha
Moga inilah bekalan buat kedua-duanya
mereka adalah penguat selama membesar n menjadi penyokong disebalik kejayaan kita pada harini.

Dengan segala apa masih belum mampu membalas jasa kedua-duanya.

Moga Allah tempat mereka dikalangan orang-orang
yang beriman ameen

Friday, March 21, 2014

H.o.l.i.d.a.y



-M.o.o.d H.o.l.i.d.a.y-


Alhamdulillah dapat jugak spent time together curi masa untuk holiday
walaupun memasing busykan

Thanks my dear friends for priceless moment ni
Memang sakit tekak melayan perangai memasingkan


Jom layan moment indah
Disebabkan kitaorang kuat makan 
so korang jangan bernanah mata 
sebab asyik makanan jer dalam ni 
+ lagi bernanah dengan tuan yang suka bergambarkan haha :)

~First Day~

1st destination :
Pekena Asam Pedas 




2nd Destination:
Coconut Shake Pantai Klebang

Sempatlah pekena coconut shake sambil-sambil ambil angin sepoi-sepoi bahasa tepi pantai. 
Walaupun macam-macam kejadian lawak berlaku tapi tetap hapening.
Nasib tak tertimbus dek pasir..tambak laut haha




3rd Destination:
Umbai Ikan Bakar

Umbai ni memang destinasi wajib kalau mai melaka.
Dekat sini banyak pilihan so pandai-pandai uols memilih 
then apa lagi soru ler..
lepas makan confirm tersandar 7hari 7malam hehe 




4th Destination:
Dataran Pahlawan

Ok walaupun kitaorang bukan keturunan BUGIS 
tapi masih sempat singgah dataran pahlawan ni.
Sebagai menghargai sempatlah snap picture sebagai bukti hehe




Penutup 1st day:
McCafe

Walaupun memasing dah kenyang sangat tapi sempat lagi singgah mengeteh
Alhamdulillah selamat segelas coffee latte 
Cukup lah untuk bekal harini 





~Second Day~

Menara Taming Sari



Apa-apa pun nak wish congrats untuk nadia yahya ni
walaupun sangat berani (ok jangan percaya sangat sila gantikan dengan perkataan berlawanan) haha
sanggup naik sekali dengan we all


Sebagai bukti keberaniannya

Ok Fine!!!!
(Memang berani sangat haha)




                                      

Melaka River Cruise

Mentang-mentanglah berani 
memasing muka senyum lebar jekan hehe





Lastly itulah dia percutian group macam-macam
semua nak main fon jekan..nampak sangat memasing kaki stalker haha (tipu jer)
semua celik IT lah hehe



Special Dedicated for both of u:

H.a.n.i.f.i.a.h & N.a.d.i.a


Thanks for this vacation

Hope kita boleh spent together macam ni lagi untuk hilangkan stress
Walaupun just short vacation 
but atleast dapatlah jugak hilangkan stress & 
hilangkan kempunan nak makan ikan bakar 
tinkiu so much darling 


Thursday, March 20, 2014

Luahan Buat Mu IBU


Apabila matinya seorang anak adam itu 
maka terputuslah segala amalanya kecuali 3 perkara:
-sedekah jariah
-ilmu yang memberi manfaat 
-doa anak yang soleh 

~ 20.03.14 ~ 
Diam tak diam genap 2 tahun pemergian ibunda tercinta
Rindu semakin ku rasa
Moga rohmu tenang damai disana
Suatu hari nanti kami pasti menyusul selepas kamu wahai bonda
Kerana setiap yang hidup pasti akan merasa mati jua.

Al-Fatihah buat mama tercinta


Friday, March 14, 2014

Muhasabah diri

Pelbagai musibah yang menimpa
Jerebu
Panas & kekurangan sumber air
Denggi
Kehilangan MH370

Itu tanda Allah sedang menguji
Berbaliklah kita kepada fitrah
Mari pandang dimana silapnya

Setiap yang jadi ada hikmah yang menduga
Pasti membawa pengertian yang bermakna
Mungkin kelalaian dulu
Membawa kepada apa kita pada hari ini
Masih ada masa & ruang untuk
Sama-sama bermuhasabah diri
Ubahlah kita kini bukan siapa kita yang dulu

Mohonlah pada Maha Pencipta
Kerana walau kecanggihan dipuji dimata dunia
Tapi akhirnya dengan bantuan Allahla
Ada jalan penyelesaiannya

Ketika musibah Ucaplah
"Inna lillahi wainna illaihi Raji'un"
Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali

Sahabat

Hi kesayangan..
Rindu
Lama rasanya tak berbicara
Lama rasanya tak bersua
Hanya doa kiriman buat semua
Moga jarak ini
Bukan penamat bagi persahabatan
Mungkin kesibukan membuatkan kita jauh
Tapi percayalah ingatan always berserta doa
Special dedicated for my BFF:
k.khai moga menjadi mama yang terbaik buat anak solehah bbyna yang super duper cutee...
ninie moga diberi kesihatan yang baik
Tak sabar nk tgk bby u
Mesti cute macam bear haha
Makan control sikit hehe
Wana moga hapey always & berjaya dalam kerjaya baru
#hope kita bole gathering.nanti...as Big Family


Wednesday, January 1, 2014

Welcome 2014

Today is the first blank page of a 365 page book. Write a good one.

May this new year bring you
happiness & light to guide your path towards a positive destination.

We Learn from what happen on yesterday, We live for today & hope for tomorrow.

Happy prosperous new year 2014
May Allah Bless u always

#Welcome 2014