21.12.13 majlis resepsi
Benda dah rancang awal-awal lagi
Persiapan semua dah dilalui
Excited bukan main lagi
Tiba masa banyak halangan menanti
Akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Illahi
Mengadu seorang diri
Majlis Sahabat tidak dapat dihadiri
Rasa diri tak layak dikenali 'sahabat sejati'
Tak mampu menolong walau dirayui
Disebalik senyuman tersimpul isi
Seakan senang tp sesak terhimpit dihati
Maafkan ku andai kau ada terasa hati
Dari jauh aku doakan kamu diberkati
Dari dulu pipimu sentiasa dibasahi
Bergenang air mata berkaca suci
Dengan luka yang diberi
Oleh lelaki yang tak pandai hargai
Kini selamat kamu dimiliki
Menjadi isteri buat lelaki pekerti
Hatiku lega kamu telah ada yg menjagai
Kini tempatku berbeza padamu nanti
InshaAllah mmg selayak tempatmu disisi suami
Hendaklah aku katakan disini
Aku cuba menjadi teman seikhlas hati
Biar susah asal diwajah mu ada penyeri
Cukup indah bila dirimu happi
Walaupun kini kita berlainan sekali
sikap,tanggungjawab & kematangan diri
Masing-masing dah mula sunyi sepi
Mungkin berbeza keadaan & status kini
Walau apa pun yang diharungi
Aku & kamu masih sahabat dr dulu hingga kini
Selamat pengantin baru sahabat sejati
Jasadku tiada dihari kamu ini
Tapi doaku dah lama aku kirimi
Moga kau rasa & terima dengan seikhlas hati
Kami berempat dulu hingga kini
Masing-masing bergorak langkah sendiri
Punya cerita 1001 untuk dikongsi
Biar apa pun status kini
Kematangan berbeza dari segala segi
Moga ikatan ini dibawa hingga mati
Selalu ada jangan bawa diri
Kerana indah punya sahabat dunia akhirat ini
Bersyukur Allah atas kurniaanmu yg bernilai ni
Aku disini masih mengenang sepi
Ayahanda masih berjuang untuk berdiri
Mungkin ada yang belum fahami
Aku terasa seorang diri
Hari berganti hari
Hati risau pipi dibasahi
Moga semuanya dalam keadaan baik2 nanti
Aku harus kuat demi mu wali
InshaAllah sakit itu dugaan Illahi
DariNya ia dtg & dariNya jugalah diubati
Mohon doa dari kalian disana sini
Moga abah kembali sihat dari hari ke hari
Ameen.
*Selamat pengantin baru syg moga berbahagia dunia akhirat disamping suami walaupun tiada di hari2 indah ni
*si jelita wana dihantar sebagai wakil...pakai baju cantik2 tau walaupun kita tak dapat bergaya & bergambar sekali
*mama Jangan sedih bukan kamu je terlepas hari2 indah ni....muaahhh si comel tu
Take care sayang2
No comments:
Post a Comment