Berkawan lama dari dulu lagi
Satu Ikatan suci perlu diakhiri
Dirimu perlu sebagai wali
Kini impian sudah tiada lagi
Disaat diri sendiri tidak berteman lagi
Ketika hati sedang dilukai
Kekuatan diri perlu diperolehi
Kau hadir mengelap air mata ini
Makin hari makin menguji
Pelbagai ujian harus ditempuhi
Dirimu hadir sebagai penyeri
Aku berjaya kerana Ilahi
Dialah "abah" insan suci
Ada ayah ibu tercinta tiada lagi
Hidup dah tak selengkap dahulu lagi
Kini kekuatanku kerana dia & ILLAHI
Walaupun letih diri teruji
Namun aku terus kuatkan kaki,hati dan diri
Ku mohon petunjukmMu Ya Rabbi
terus usaha agar Dirimu wali kembali berdiri
Wajahmu ku tatapi
Matamu berduka berkaca sepi
Sembuhla abah.. adik disini
Akan selalu menemani
Ketika aku ditinggal sendiri
Mencuba ikhtiar untuk menyembuhi
Moga usaha ini memberi erti
Kuatkan diri abah..bangun dan terus berdiri
Ketika ini kamu pemberian Ilahi
Kuatku kerana mu abah yang disayangi
Moga abah cepat sembuh
Impian melihat abah tersenyum kembali
#moga abah cepat sembuh & kembali tersenyum seperti dulu
No comments:
Post a Comment