Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Tuesday, January 8, 2013

Doa lebih baik dari HEBAH!!

Pesanan buat sesama insan termasuklah peringatan sendiri

Sesungguhnya adalah lebih baik kamu berbicara pada Allah s.w.t..bisikkan dan luahkan hati seikhlasnya & apa sahaja perkhabaran yang menyedihkan mahupun mengembirakan kepadaNya dari menjadi hebahan 1 dunia bahawa kamu adalah bagus...punya segalanya didunia ini...kamu romeo!!? Kamu juliet!!? kamu sedang berduka..kamu sedang bahagia..

Ingatlah kerana apa sahaja yang berada pada kamu kini adalah datangnya dari Allah & satu hari nanti kepadaNya juga ia akan dikembalikan pada bila-bila masa tanpa mengetahui bila masa..bila harinya..

Jadi janganlah mudah bangga dgn apa yang sedang kamu miliki sekarang..
Cukuplah sekadar bersederhana dlm apa juga yang kamu lakukan..

Banyakkan berbicara pada Allah dari menjadi hebahan 1 dunia..
Manusia boleh menjadi teman suka disaat kita dalam kegembiraan, disaat kita masih disayangi, disaat diri masih lagi diperlukan tetapi bila tiba saat kesedihan, saat kejatuhan & saat kesusahan
kita kini tinggal sendiri....dan disaat itulah baru kita sedar bahawa Allah sentiasa berada disamping kita disaat JATUH & BANGUN , walau beribu kekhilafan yang telah kita lakukan namun Dia sentiasa ada untuk mendengar semua luahan hati kita...

Walau apa pun kehendak semuanya milik Allah...usah lah kita berbangga2 dengan duniawi..semuanya pinjaman semata-mata


P/s: kembali bersihkan hati insyaAllah allahualam ^_^

No comments:

Post a Comment