Q.a.s.e.h.i.l.l.a.h.i

La tahzan innallaha ma’ana”

jangan bersedih, Allah bersama kita

Friday, January 11, 2013

Rindu.Syukur!!

Rindu.syukur.kehilangan
Sesungguhnya sesuatu yang berada dimuka bumi ini pasti akan membuatkan kita sebagai penghuninya untuk tidak lari dari UJIAN & DUGAAN
perasaan gembira,bahagia & rindu dengan kenikmatan dan kemanisan yang kita rasa.. Adalah kerana Allah sedang membentangkan dengan seluasnya untuk kita bersyukur akan kekuasaan Allah s.w.t sebagai Maha Pencipta.. Dan Allah sedang meminjamkan kita kenikmatanNya..

Jangan sombong barangkali kita mungkin akan merindu pinjamanNya
maka panjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta
Janganlah dibiarkan perasaan syukur itu disaat bahagia Sahaja
Tetapi.....

Sebaliknya setelah kita berasa puas dengan kebahagiaan pastinya akan tiba pula saat perpisahan, kehilangan  & derita dengan ujian dariNya.. Oleh itu sahabatku tetapkanlah imanmu teruskan syukur atas kurniaanNya

Kuatkan hati setiap kekosongan pasti akan diisi & setiap pengisian itu pasti akan tiba saat perpisahan & kehilangan...

Kerana semua yang kita miliki adalah pinjaman semata- mata dari Yang Maha Esa
Atas kehendakNya Bila tiba saatnya "Kun Fayakun" "Jadilah!!..maka jadilah ia"
"ALLAH MAHA MENGETAHUI"



ps/: syukur atas kurniaanNya

No comments:

Post a Comment